Monday, March 23, 2015

krabi part 3

hamboi lama betul ambik masa nak post part 3. Masa tu ada tapi bila balik keja letih betul sekarang ni. Dengan cuaca membahang panas terik. Duduk dalam office pon terasa panas. Padahal aircond tu. Merecik-recik peluh ibarat tengah bersauna. Harapan kurus lah hendaknye bila banyak peluh merembes tuh. Dasar pemalas nak bersenam. Sebab tu tak kurus-kurus. ok lari topik.

sabung part 3. iaitu hari ketiga.

jungle apa ke benda tah nama dia. lupa mak nokkk. urat banyak putus time bersalin. okay yang jungle tah ape kebenda nama dia ni banyak jugak pakej dia. ada pakej A B C D E F G H I J K hahahah.. tak taw la sampai huruf ape. Tapi memang dia banyak pakej. Tak silap aku amik pakej c which is Emerald pool, Elephant Trekking dengan hot stream. Nanti kat flyers tu leh tengok tiap pakej dia ada tawarkan pegi tempat mana-mana. so buat lah pilihan yang bijak. macam aku kan dah siap study sebelum gi krabi aritu. so aku memang nak cari pakej yang tak da gi temple tu. buat ape melawat temple. masjid yang ada pun kita tak abis lawat lagi. lagipun berdasar apa yang aku baca gi temple tu takda benda apa. ada pun ko kena panjat tangga tinggi- tinggi lebih kurang batu caves tu lepas tu tengok view la. Tu je. Macam aku bawak abak so aku rasa pakej macam yang macam aku pg tu la sesuai. Kalau aku pegi berdua da lama aku amik pakej water rafting la. ATV la. tapi tak sesuai kan. Pakej aku 800 baht sorang. adam free.

So pagi2 tu macam biasa bangun awal nak cari breakfast sebab ng tu akan jemput around pukul 8.30 camtu. Motor takda. So menapak la konon-konon nak cari tempat breakfast. jangan harap ada. Kalau nak breakfirst sila pegi dekat area yang orang jual makanan atas motor tu. kalau hotel area mcd tu memang kena naik motor or tuktuk. Disebabkan kesuntukan masa kitaorang decide breakfast kat hotel je. so bayar la seorang 150 baht. set roti bakar dengan air fresh oren dengan air vico. Boleh la dari takda, tapi macam mahal je.

So lepas breakfast tunggu orang tu sampai pickup kitaorang. On time okay dia sampai. jangan main-main. Mula-mula pegi hot stream dulu then emerald pool then elephant trekking. hot stream dengan emerald pool dekat-dekat. gajah ni  nak dekat-dekat aonang. Aonang pegi area emerald pool tu aound 67km camtu. Dalam sejam. Bagi aku tak de la rasa jauh pun. Dalam blog-blog orang lain ramai cakap jauh. Maybe aku jenis suka explore.

sampai - sampai hot stream dia bagi briefing cakap bagi masa 45 minit je untuk kat hot stream ni. Aku bawak stroller. Taklarat nak dukung adam je memanjang. Even jalan bukan Tar gigih jugak aku tolak. nasib baik beli stoller murah. Kalau bawak stroller mahal-mahal mau menangis tengok tayar stoller dikasari batu-batu. So adam je la husband aku bawak mandi. aku tak bawak baju. malas nak tukar-tukar baju. tak kan nak naik van basah=basah kan. Lagipon masa yang dia bagi memang pendek sangat. aku bawak anak. kalau aku mandi sekali dengan anak nak siapkan dengan aku lagi nak tukar baju. so memang tak sempat.

next kitaorang pegi emerald pool. okay emerald pool dengan bluepool adalah tempat yang sama. cuma emerald pool ni bole mandi. blue pool ni tak leh mandi jejak kaki or masuk dalam air tu pon tak leh. sebab pasir dia jelus. you know pasir jelus? kau termasuk dalam tu memang kena sedut dengan pasir tu. sebelum pintu masuk or pintu gerbang emerald pool tu ada jual banyak makanan. Iolss jenis tak leh tengok makanan. lagi- lagi kat sana banyak makanan jenis cucuk-cucuk tu. sedapnyeee.. sos dia tu lain dari yang betul. so konon-konon tapau nak bawak masuk la emerald pool tu. jangan harap ye. aku kena abiskan jugak time-time tu. dia tak bagi bawak masuk makanan. garang pun garang orang jaga tu. dia cakap NO NO NO siap buat tangan halau halau. errrmmmmmmmm. Gigih aku abiskan.

Then bermula la perjalan kita yang jauh. jalan kaki sejauh 800 meter weh. jalan batu-batu tolak stroller. kiri kanan hutan. Dia ada jalan yang dah simen tapi 1400 meter. ermmm aku pilih 800 meter. biarlah berliku-liku akan kutempuh jua. Dah la husband aku tolak stroller tu laju-laju tinggal kan aku jalan sorang-sorang. lepas tu bahan-bahan aku cakap takkan dah pancit. aku ni dah beranak. badan pon dah berisi. dulu time aktif sukan setakakt 800 meter selamber je. sekarang ni memang tak larat lah jep. kalau time kurus dulu memang dah kena tinggal dah.

dah 800 meter perjalan kami sampailah kami di emerald pool. tengok orang ramai tengah mandi. kitaorang malas mandi. sebab masa tak banyak. tinggalkan stroller teruskan perjalan lagi 800 meter untuk blue pool. hoiii gigil tak aku wehhh nak tengok blue pool tu punya pasal. Nak pg blue pook ni ada jalan dia da simen. tapi mendaki okay. aku dukung adam weh sepanjang on da way pegi bluepool tu. gigil ke idok? Adam tak langsung husband aku dukung. Memang sengaja nak buli mommy. Kiri Kanan hutan. and ada sedikit jalan yang tak de simen. so memang tak sesuai langsung bawak stroller pegi bluepool.

Bila dah sampai bluepool tu  Ya Allah lawanye la...lawa sangat-sangat. dari jauh dah nampak biru air dia. macam mana boleh kaler biru pun tak taw. kuasa Allah. Then ada orang tu dia tepuk-tepuk tangan then ada bubble naik. bila dia tepuk je bubble naik. effect dia la kot. aku rasa la. leka tengok view tu tengok-tengok jam dah patut kne gerak pg van. kali ni lagi macam amazing race sebab macam dah lambat. memang dah lambat. kitaorang paling last. 1400M berjalan nonstop. letihnye la.. tercungap-cungap aku. dah la dengan tak tahan nk terkencing lagi.

sampai-sampai van rupanya ada seorang yang naik van dengan kitaorang ni husband dia kena gigit lipat. besar wehh dia citer lipan tu. dia mandi kat emerald pool tu then nak tukar baju kat toilet maybe terpijak lipat tu. then lipan tu gigit dia. dia citer lipan tu lebar badan dia 2jari tangan. besar kan. seriau aku dengar.

so kitaorang bergerak pegi elephant trekking lak. on the way tu orang van tu berhenti kat farmasi sebab wife yang husband dia kena gigit lipan tu nak beli ubat. nasib tak de pape weh yang serius. maybe baru nak gigit kot.

Sampai tempat gajah adam paling excited. Adam memang suka gajah. terus dia jerit-jerit pahnt pahnt pahnt. siap suruh aku lepaskan dia nak pegi kat gajah tu. Jangan buat pasal anak oi. Gajah tu bukan macam kucing. Naik gajah mula-mula rasa macam nak tertogeng je. sebab dia jalan kita duduk atas tu kejap kekiri kejap kekanan. nasib tak gayat. dah la dia turun bukit tinggi-tinggi. Tapi kesian tengok gajah tu kena pukul dengan kayu. kayu macam kayu mop tu. kalau gajah tu malas dia libas je weh dengan kayu tu. Tapi aku nye elephant trekking ni tak de masuk dalam air. tak taw kenapa. aku tengok blog orang lain masuk dalam air. tapi gajah aku naik ni sempat benti kat kolam air. ingat dia nak minum. sekali dia spray kiri kanan. kena kat kitaorang. nasib badan la wehh kena air hingusan gajah. hahahaha.

lepas naik gajah orang tu hidangkan dengan nenas and air mineral. manis nenas dia. aku xsuka nenas sebab dulu aku makan nenas lidah aku sakit gatal-gatal. terus macam tak suka nenas. tapi ni aku makan banyak plak. tengah panas kot. aku rasa aku pegi island hopping tu pun tak sun burn. tapi naik gajah ni pulak yang sun burn.

so lepas tu kitaorang bergerak balik hotel. sampai hotel pegi makan dulu kat cucumber restoran aka bersenag-senang. lepas tu baru sewa motor. sebab kitaorang nak pegi night market kol 6 camtu dengan couple yang kena gigit lipan tu. diorang honeymoon. and diorang sama naik flight dengan kitaorang time datang tu. macam time island hopping tu pun ada pasangan dari malaysia gak yang sama naik flight dengan kitaorang. diorang yang perasan kitaorang pun sebab adam. yang couple yang kena gigit lipan ni ari-ari diorang pegi night market. so diorang baik hati teman kitaorang gi night market sebab kitaorang ingat kitaorang salah tempat yang hari 1st kitaorang pegi tu.

Pukul 5 tunggu diaorang depan MCD then gerak pegi dekat area orang jual makanan atas motor tu. sebab nak makan pancake yaminla. Kan aku da bgtaw aku duduk krabi asyik makan je. kitaorang pekena pancake dengan sotong bakar. lepas dah makan tu bergerak la pegi night market. orang cakap jauh . tapi bagi aku tak jauh pun. maybe sebab aku enjoy naik motor dengan husband and anak aku. sampai night market rupa2 nya betul la night market yang kitaorang pegi time hari 1st tu. maybe time tu tak bukak oenuh lagi. yang kali ni kitaorang pegi dah bukak full. nasib tak berapa ramai orang. maybe sebab dah hari ahad. so menuju kedai jual baju. borong tshirt. beli keychain. then beli pulut mangga. pulut mangga terbaik wehhh..

dah beli barang then bergerak la balik aonang. sampai aonang teman couple ni beli drybag kat kedai kitaorang beli hari 1st hari tu. then kitaorang berpisah kat situ. sebab diorang nak ronda2 tempat lain. lagipun diaorang honeymoon. takkan nak kacau. tak sangka lak boleh jadi kawan. lepas tu aku and husband jalan2 la kat dari kedai ke kedai. park motor then jalan-jalan sampai jauh. then patah balik amik motor. letih wehhh.. ada sekali tu aku suruh husband aku yang pegi amik sorang-sorang. lepas tu adam macam nak tido so aku suruh husband aku jalan-jalan round naik motor sampai adam tido. bila kena angin cepat la si adam ni tido. bila adam dah tido aku apa lagi terus cakap jom kita g massage.

letak adam kat tilam massage sebelah tu then aku massage kat sebelah. kali ni aku bantai massage 2jam. hahahaha. esoknye kan nak balik da. kita bantai la massage lama2 ckit.. lgpun adam tido da kan. lepas masage balik hotel tido. tak larat dah nak gi jalan2 dah.

sambung part 4. bye

No comments:

Post a Comment