Friday, November 1, 2013

Kisah adam dgn traffic light

Haaaa jgn ingat kura2 dgn arnab je ada kisah..ni my only adam pon ada kisah taw. Haa jangan main2. Alkisah nye adam dgn traffic light..adam ni aku rse hari2 naik keta..ye la dia kan ikot aku g kerja..so hari2 la naik kereta..dia sehari kalau tak naik kereta or tak kuar rumah mmg xsah..dia kena gak kuar rumah..if  tak mmg akan merengek macam ada benda yang tak kena. Pastu bila dah naik kereta automatik dia snyap..satu hal dia bila naik kereta kena make sure kereta tu bergerak all the time..wahhh cmne tu...dari dia baru lahir sampai la sekarang memang kereta tak leh benti..if benti dia akan merengek or menangis or mengerang something like that la..so masalah sekarang ni traffic light banyak kot sepanjang nak pegi opis tu..macam mana aku tak berhenti bila traffic light tu kaler merah...arghhh...macam mana...macam mana....macam mana...so aku ni puas lah dok buat macam2 nak bagi dia benti nangis or duduk diam2..kadang2 aku nyanyi la..aku buat bunyi kucing..kenapa bunyi kucing sebab dia ermmmmmm camna nak cakap ek..nak kata takot pon tak..nak kata suka pon tak..nak kata teruja nampak kucing pon ye...so bila aku buat bunyi kucing dia akan tercari2 kucing tu kat mana...kadang2 aku buat bunyi vroommm vroommm vroommm...kadang2 aku ajuk suara bubu...bubu ni patung semut kot..aku rasa semut la kot..patung ni boleh gantung kat cermin kereta..so dia macam bergayut2 la..so aku amik bubu aku buat suara..banyak kali gak la aku kena hon sebab kereta depan dah jalan tapi aku tak jalan2 lagi..

bukan senang woi nak bawak kereta anak duduk kat sebelah..kalau dia tido fuhhhh aku rasa cepat je la nak sampai rumah...kalau dia menangis rasa macam berjam2 nak sampai rumah...kadang2 aku cekalkan hati wat tak tau je bila dia merengek sikit2..sebab kalau tak nanti bila dia merengek2 cikit2 kita tros angkt dia or layan dia nanti lama2 dia biasa lak macam tu..so aku memang nak ajar dia duduk dalam car seat tu sampai la dia bole duduk kat kerusi kereta biasa tu..aku tak nak anak aku dok merayap2 dalam kereta..bahaya kan..so if setakat merengek2 sikit2 tu tak yah la angkat...tapi kadang2 ati aku ni tak cekal gak..cepat kesian tengok dia merengek2 menangis camtu..