lupa nak bagitau kat entry krabi part 1 yang aku pergi Krabi sempena anniversary perkahwinan aku yang ke 3 tahun. disebabkan anniversarry aku jatuh time raya cina and tiket flight adalah sangat mahal so aku postpone seminggu macam tu..
okay kita sambung untuk hari kedua.
hari kedua adalah hari main air. hari melawat pulau-pulau. ahhhh aku suka.. aku suka laut. laut boleh tenangkan aku. Dulu time study kat terengganu asal stress je mesti pegi duduk tepi laut. i miss terengganu. lari cerita woiiii..
disebabkan kitaorang ada motor so senang la cari breakfast. Untuk breakfast aku pegi dekat area masjid. atas sikit dari area mcd tu. and ada lagi 1 tempat breakfast kat area orang jual makanan atas motor. kalau duduk area mcd tu memang kena pegi by motor or tuk tuk. kalau jalan kaki memang tak jadi la pegi pulau2 tu semua. tapi kalau kau jenis gagah. stamina memang kuat dipersilakan test kestaminaan tu.
lepas breakfast pulangkan motor. Then tunggu kat lobby hotel orang tu datang pick up. bila sampai kat tempat berkumpul untuk pegi pulau tu. nanti dia akan bagi kita sticker yang ada tulis kita under pekej company mana and pakej yang mana kita amik. macam aku amik pakej phi phi island so aku dapat sticker kaler merah tulis phi phi island dengan nama company diorang. so nanti bila kau macam hilang arah tuju kat maya bay ko just tengok sticker siapa yang sama dengan ko or misalnye terlupa nama company kat sticker tu ada tulis. so cari boat yang ada tlis nama company tu. sebab ape aku cakap maya bay? sebab kat maya bay ramai giler orang. mula2 aku sampai maya bay aku dah seronok tak ramai orang. bila aku keluar dari toilet and pegi pantai balik tetiba macam ramai pulak orang. tapi tak de la sampai ko nak jalan pun susah.. ramai tapi still tak ganggu pun aktiviti kau nak buat ape.
okay lepas naik speedboat turus menuju 1st viking cave. sight seeing je viking cave. tangkap2 gambar dari boat. aku benci naik speedboat sebab susah nye la nak tangkap gambar. sebab dinding speedboat tu tinggi. aku lagi suka naik boat macam kat perhentian. viking cave ni tempat sarang burung layang2. tu je. tapi rasa macam jakun sebab tengah2 laut ada cave burung layang2.
next dia pegi sight seeing lagi.. kali ni lagoon ape tah nama dia.. yang ni view paling terbaik. kiri kanan batu tinggi2 tu. then boat slow2 lalu untuk bagi kita tengok view dia. aku paling suka view ni. cantik weh.. cantik sangat. sapa tak pernah pergi lagi mmg tak leh imagine. sama macam aku time dok study kt blog orang pasal krabi before gi krabi aritu. tapi bila ko dah sampai krabi tiba-tiba macam pufff pufff ooo kat sini ooo situ ooo aha la ada baca ni..sebab tu aku before gi bercuti mana2 aku akan study dulu tempat tu. so nanti tak de la rasa macam lost giler. atleast ada la ilmu sikt pegi tempat orang.
then bergerak ke maya bay. kat sini dia bagi masa 45 minit je. aku turun boat terus cari toilet. toilet dia kena redah meredah hutan cikit. tapi cantik okay jalan dia. and ramai je orang, takpayah nak bayangkan hutan = scary. ramai je orang nak terkencing. yang tak boleh blah lelaki nye tempat kencing berdiri tu dia bole plak letak kat tepi2 lereng bukit and OPEN okay. boleh nampak terang-terangan lelaki tengah kencing tapi tak de la nampak bebird ke ape. bila dah abis membuang apa yang patut aku dgn husband aku pegi cari air nak minum. haus. air mineral pun mahal weh. tak igt berapa tapi mahal la. bedal je la. lepas dah membasahkan tekak yang kekeringan.. gitewww .. aku bawak adam main pasir. main pasir je mampu sebab banyak boat parking. ada je area boleh mandi area hujunggggggg.. kang aku pegi area situ kang nanti tertinggal boat pulak aku. so adam kita main pasir je la. cari port baik punya tempat tak kena panas. batu2 kat sne kan tinggi2 so boleh la halang matahari. Da main2 pasir da tangkap2 gambar sharp 45 minit aku da nampak dia reverse boat punctual okay. tapi maya bay memang cantik. macam mana la rupa maya bay time kena tsunami dulu kan.
lepas gerak dari maya bay dekat je dengan maya bay dia bagi snorkeling.. aaaa i love snorkeling!! Adam pun turun sekali okay. aku bawak pelampung dia. aku snorkeling sambil peluk pinggang adam. dont try this okay kalau ko tak rasa confident or anak kau jenis takut2. anak aku jenis tak takut air. padahal air tu dalam giler. dalam okay. i repeat dalam. dia tak bagi aku pegang dia plak tu. dia nak suruh aku lepaskan dia. tapi snorkeling kat laut andaman ni probs dia ombak la. air dia macam always berombak. always beralun2. so macam susah la jugak nak snorkeling sebab tergoyang2. and coral dia tak cantik. mati. aku rasa perhentian lagi cantik.. 10x lagi cantik untuk coral dia..untuk kejernihan air dia. tapi untuk view kat sini lagi cantik, maybe sebab batu2 dia tu. so dah boleh bayangkan kegigihan aku snorkeling sambil pegang anak?
lepas snorkeling sepatutnye pegi lunch kat phi phi don tapi dia cakap better kitaorang gi tempat snorkeling yang lagi 1 dlu then baru pegi makan. if pegi sekarang nanti ramai orang nak beratur amik makanan jugak. so pegi snorkeling lagi 1 tempat. aku tak ingat la nama-nama tempa tu semua. ni pun puas aku recall. almaklum la da beranak ni banyak urat putus. alasan! aku pegi turun snorkeling sorang2 kali ni sebab air yang ni lagi dalam. husband aku jaga adam. aku turun2 then masukkan muka dalam air terkejut aku banyak giler ikan depan muka aku. tiba2 terus aku rasa cuak. hahahaha. serius banyak giler ikan. geli2 badan aku. aku gagahkan jugak snorkeling. aku masukkan gopro then tangkap gambar ikan tu depan2 muka ikan tu, hahahaha. aku rasa macam aku tengah terjun dalam tempat pembiakan ikan.
next. inilah masa yang ditunggu2 iaitu makan. kat sini buffet. sukahati ko nak makan banyak mana. aku tambah 2x kot. nampak tak tahap kebuluran aku kat situ. dah sedap2 makanan ni. mana boleh aku lepaskan. thailand ni aku tak paham apesal makanan dia semua sedap2. aku pegi krabi keja aku makan je. lepas makan ..makan lagi. aku hari2 makan pancake weh. sehari 2x makan pancake tu.sedapnyeeeeeee...
lepas makan dia pegi 1 tempat ni. boleh mandi boleh lepak2 tepi pantai. tapi aku duduk atas boat je sebab adam tido. kalau mandi pun kena hati2 sebab orang tu cakap banyak batu.lagi sekali aku tak tau ape nama dia tempat tu. hahaha.
dalam kol 4 camtu bergerak balik ke aonang. sampai aonang kita balik hotel naik transport yang sama macam kita datang tadi.
bila sampai hotel terus mandi rehat2 jap. lepas maghrib cari makan. kitaorang makan kt restoran lemon. jalan kaki je time ni. order siakap 3 rasa la tomyam la sayur campur dgn udang and sotong bakar. kedai ni pun terbaik. tips pilih makanan seafood adalah kau pegi pilih sndri nak besar mana. kalau ko main order je dr meja kau dia akan amik yang paling besar and ko pon akan bayar dengan amount yang besar. standard orang meniaga la kan.
lepas makan pegi jalan-jalan dari kedai ke kedai. lepas tu beli tshirt budak2. tshirt budak2 beli kt aonang je, kedai dia macam kena masuk lorong sikit. dapat la baju budak 100 baht. kat night market baju budak pun 100 baht. kat aonang baju orang besar mahal. 150 baht paling murah. kat night market boleh dapat 100 baht baju orang besar. kalau kau beli banyak berbaloi la pegi night market tu. macam aku memang beli banyak.
lepas dah beli baju ingatkan nak urut tapi adam tak tido lagi. so aku decide nak suruh orang tu datang bilik hotel aku. kena tambah 100 baht kalu dia datang hotel kita. bawah hotel aku je tempat urut tu. so aku pun mengurut la kat bilik. aku dah lama tak urut badan, dapat urut rasa leganya laaaa.. urut tradisional thai tak de pakai minyak. apesal murah sangat urut wehhhh kt krabi ni. 1 body 200 baht je kalau datang bilik tambah lg 100 baht.
lepas orang tu balik aku pun terus tido. badan dah sedap kan. esoknye tu nak pegi jungle trekking. ala yang pegi hot stream, emerald pool dengan elephant trekking tu. yang ni pun banyak pakej. ikot yang bersesuaian dengan kau la. kalau pegi berdua or dengan kawan sesuai la water rating atv bagai. aku bawak anak so pakej mana yang sesuai la.
sambung part 3 plak ye. chow
No comments:
Post a Comment