Monday, March 23, 2015

krabi part 3

hamboi lama betul ambik masa nak post part 3. Masa tu ada tapi bila balik keja letih betul sekarang ni. Dengan cuaca membahang panas terik. Duduk dalam office pon terasa panas. Padahal aircond tu. Merecik-recik peluh ibarat tengah bersauna. Harapan kurus lah hendaknye bila banyak peluh merembes tuh. Dasar pemalas nak bersenam. Sebab tu tak kurus-kurus. ok lari topik.

sabung part 3. iaitu hari ketiga.

jungle apa ke benda tah nama dia. lupa mak nokkk. urat banyak putus time bersalin. okay yang jungle tah ape kebenda nama dia ni banyak jugak pakej dia. ada pakej A B C D E F G H I J K hahahah.. tak taw la sampai huruf ape. Tapi memang dia banyak pakej. Tak silap aku amik pakej c which is Emerald pool, Elephant Trekking dengan hot stream. Nanti kat flyers tu leh tengok tiap pakej dia ada tawarkan pegi tempat mana-mana. so buat lah pilihan yang bijak. macam aku kan dah siap study sebelum gi krabi aritu. so aku memang nak cari pakej yang tak da gi temple tu. buat ape melawat temple. masjid yang ada pun kita tak abis lawat lagi. lagipun berdasar apa yang aku baca gi temple tu takda benda apa. ada pun ko kena panjat tangga tinggi- tinggi lebih kurang batu caves tu lepas tu tengok view la. Tu je. Macam aku bawak abak so aku rasa pakej macam yang macam aku pg tu la sesuai. Kalau aku pegi berdua da lama aku amik pakej water rafting la. ATV la. tapi tak sesuai kan. Pakej aku 800 baht sorang. adam free.

So pagi2 tu macam biasa bangun awal nak cari breakfast sebab ng tu akan jemput around pukul 8.30 camtu. Motor takda. So menapak la konon-konon nak cari tempat breakfast. jangan harap ada. Kalau nak breakfirst sila pegi dekat area yang orang jual makanan atas motor tu. kalau hotel area mcd tu memang kena naik motor or tuktuk. Disebabkan kesuntukan masa kitaorang decide breakfast kat hotel je. so bayar la seorang 150 baht. set roti bakar dengan air fresh oren dengan air vico. Boleh la dari takda, tapi macam mahal je.

So lepas breakfast tunggu orang tu sampai pickup kitaorang. On time okay dia sampai. jangan main-main. Mula-mula pegi hot stream dulu then emerald pool then elephant trekking. hot stream dengan emerald pool dekat-dekat. gajah ni  nak dekat-dekat aonang. Aonang pegi area emerald pool tu aound 67km camtu. Dalam sejam. Bagi aku tak de la rasa jauh pun. Dalam blog-blog orang lain ramai cakap jauh. Maybe aku jenis suka explore.

sampai - sampai hot stream dia bagi briefing cakap bagi masa 45 minit je untuk kat hot stream ni. Aku bawak stroller. Taklarat nak dukung adam je memanjang. Even jalan bukan Tar gigih jugak aku tolak. nasib baik beli stoller murah. Kalau bawak stroller mahal-mahal mau menangis tengok tayar stoller dikasari batu-batu. So adam je la husband aku bawak mandi. aku tak bawak baju. malas nak tukar-tukar baju. tak kan nak naik van basah=basah kan. Lagipon masa yang dia bagi memang pendek sangat. aku bawak anak. kalau aku mandi sekali dengan anak nak siapkan dengan aku lagi nak tukar baju. so memang tak sempat.

next kitaorang pegi emerald pool. okay emerald pool dengan bluepool adalah tempat yang sama. cuma emerald pool ni bole mandi. blue pool ni tak leh mandi jejak kaki or masuk dalam air tu pon tak leh. sebab pasir dia jelus. you know pasir jelus? kau termasuk dalam tu memang kena sedut dengan pasir tu. sebelum pintu masuk or pintu gerbang emerald pool tu ada jual banyak makanan. Iolss jenis tak leh tengok makanan. lagi- lagi kat sana banyak makanan jenis cucuk-cucuk tu. sedapnyeee.. sos dia tu lain dari yang betul. so konon-konon tapau nak bawak masuk la emerald pool tu. jangan harap ye. aku kena abiskan jugak time-time tu. dia tak bagi bawak masuk makanan. garang pun garang orang jaga tu. dia cakap NO NO NO siap buat tangan halau halau. errrmmmmmmmm. Gigih aku abiskan.

Then bermula la perjalan kita yang jauh. jalan kaki sejauh 800 meter weh. jalan batu-batu tolak stroller. kiri kanan hutan. Dia ada jalan yang dah simen tapi 1400 meter. ermmm aku pilih 800 meter. biarlah berliku-liku akan kutempuh jua. Dah la husband aku tolak stroller tu laju-laju tinggal kan aku jalan sorang-sorang. lepas tu bahan-bahan aku cakap takkan dah pancit. aku ni dah beranak. badan pon dah berisi. dulu time aktif sukan setakakt 800 meter selamber je. sekarang ni memang tak larat lah jep. kalau time kurus dulu memang dah kena tinggal dah.

dah 800 meter perjalan kami sampailah kami di emerald pool. tengok orang ramai tengah mandi. kitaorang malas mandi. sebab masa tak banyak. tinggalkan stroller teruskan perjalan lagi 800 meter untuk blue pool. hoiii gigil tak aku wehhh nak tengok blue pool tu punya pasal. Nak pg blue pook ni ada jalan dia da simen. tapi mendaki okay. aku dukung adam weh sepanjang on da way pegi bluepool tu. gigil ke idok? Adam tak langsung husband aku dukung. Memang sengaja nak buli mommy. Kiri Kanan hutan. and ada sedikit jalan yang tak de simen. so memang tak sesuai langsung bawak stroller pegi bluepool.

Bila dah sampai bluepool tu  Ya Allah lawanye la...lawa sangat-sangat. dari jauh dah nampak biru air dia. macam mana boleh kaler biru pun tak taw. kuasa Allah. Then ada orang tu dia tepuk-tepuk tangan then ada bubble naik. bila dia tepuk je bubble naik. effect dia la kot. aku rasa la. leka tengok view tu tengok-tengok jam dah patut kne gerak pg van. kali ni lagi macam amazing race sebab macam dah lambat. memang dah lambat. kitaorang paling last. 1400M berjalan nonstop. letihnye la.. tercungap-cungap aku. dah la dengan tak tahan nk terkencing lagi.

sampai-sampai van rupanya ada seorang yang naik van dengan kitaorang ni husband dia kena gigit lipat. besar wehh dia citer lipan tu. dia mandi kat emerald pool tu then nak tukar baju kat toilet maybe terpijak lipat tu. then lipan tu gigit dia. dia citer lipan tu lebar badan dia 2jari tangan. besar kan. seriau aku dengar.

so kitaorang bergerak pegi elephant trekking lak. on the way tu orang van tu berhenti kat farmasi sebab wife yang husband dia kena gigit lipan tu nak beli ubat. nasib tak de pape weh yang serius. maybe baru nak gigit kot.

Sampai tempat gajah adam paling excited. Adam memang suka gajah. terus dia jerit-jerit pahnt pahnt pahnt. siap suruh aku lepaskan dia nak pegi kat gajah tu. Jangan buat pasal anak oi. Gajah tu bukan macam kucing. Naik gajah mula-mula rasa macam nak tertogeng je. sebab dia jalan kita duduk atas tu kejap kekiri kejap kekanan. nasib tak gayat. dah la dia turun bukit tinggi-tinggi. Tapi kesian tengok gajah tu kena pukul dengan kayu. kayu macam kayu mop tu. kalau gajah tu malas dia libas je weh dengan kayu tu. Tapi aku nye elephant trekking ni tak de masuk dalam air. tak taw kenapa. aku tengok blog orang lain masuk dalam air. tapi gajah aku naik ni sempat benti kat kolam air. ingat dia nak minum. sekali dia spray kiri kanan. kena kat kitaorang. nasib badan la wehh kena air hingusan gajah. hahahaha.

lepas naik gajah orang tu hidangkan dengan nenas and air mineral. manis nenas dia. aku xsuka nenas sebab dulu aku makan nenas lidah aku sakit gatal-gatal. terus macam tak suka nenas. tapi ni aku makan banyak plak. tengah panas kot. aku rasa aku pegi island hopping tu pun tak sun burn. tapi naik gajah ni pulak yang sun burn.

so lepas tu kitaorang bergerak balik hotel. sampai hotel pegi makan dulu kat cucumber restoran aka bersenag-senang. lepas tu baru sewa motor. sebab kitaorang nak pegi night market kol 6 camtu dengan couple yang kena gigit lipan tu. diorang honeymoon. and diorang sama naik flight dengan kitaorang time datang tu. macam time island hopping tu pun ada pasangan dari malaysia gak yang sama naik flight dengan kitaorang. diorang yang perasan kitaorang pun sebab adam. yang couple yang kena gigit lipan ni ari-ari diorang pegi night market. so diorang baik hati teman kitaorang gi night market sebab kitaorang ingat kitaorang salah tempat yang hari 1st kitaorang pegi tu.

Pukul 5 tunggu diaorang depan MCD then gerak pegi dekat area orang jual makanan atas motor tu. sebab nak makan pancake yaminla. Kan aku da bgtaw aku duduk krabi asyik makan je. kitaorang pekena pancake dengan sotong bakar. lepas dah makan tu bergerak la pegi night market. orang cakap jauh . tapi bagi aku tak jauh pun. maybe sebab aku enjoy naik motor dengan husband and anak aku. sampai night market rupa2 nya betul la night market yang kitaorang pegi time hari 1st tu. maybe time tu tak bukak oenuh lagi. yang kali ni kitaorang pegi dah bukak full. nasib tak berapa ramai orang. maybe sebab dah hari ahad. so menuju kedai jual baju. borong tshirt. beli keychain. then beli pulut mangga. pulut mangga terbaik wehhh..

dah beli barang then bergerak la balik aonang. sampai aonang teman couple ni beli drybag kat kedai kitaorang beli hari 1st hari tu. then kitaorang berpisah kat situ. sebab diorang nak ronda2 tempat lain. lagipun diaorang honeymoon. takkan nak kacau. tak sangka lak boleh jadi kawan. lepas tu aku and husband jalan2 la kat dari kedai ke kedai. park motor then jalan-jalan sampai jauh. then patah balik amik motor. letih wehhh.. ada sekali tu aku suruh husband aku yang pegi amik sorang-sorang. lepas tu adam macam nak tido so aku suruh husband aku jalan-jalan round naik motor sampai adam tido. bila kena angin cepat la si adam ni tido. bila adam dah tido aku apa lagi terus cakap jom kita g massage.

letak adam kat tilam massage sebelah tu then aku massage kat sebelah. kali ni aku bantai massage 2jam. hahahaha. esoknye kan nak balik da. kita bantai la massage lama2 ckit.. lgpun adam tido da kan. lepas masage balik hotel tido. tak larat dah nak gi jalan2 dah.

sambung part 4. bye

Monday, March 9, 2015

krabi part 2

lupa nak bagitau kat entry krabi part 1 yang aku pergi Krabi sempena anniversary perkahwinan aku yang ke 3 tahun. disebabkan anniversarry aku jatuh time raya cina and tiket flight adalah sangat mahal so aku postpone seminggu macam tu..

okay kita sambung untuk hari kedua.

hari kedua adalah hari main air. hari melawat pulau-pulau. ahhhh aku suka.. aku suka laut. laut boleh tenangkan aku. Dulu time study kat terengganu asal stress je mesti pegi duduk tepi laut. i miss terengganu. lari cerita woiiii..

disebabkan kitaorang ada motor so senang la cari breakfast. Untuk breakfast aku pegi dekat area masjid. atas sikit dari area mcd tu. and ada lagi 1 tempat breakfast kat area orang jual makanan atas motor. kalau duduk area mcd tu memang kena pegi by motor or tuk tuk. kalau jalan kaki memang tak jadi la pegi pulau2 tu semua. tapi kalau kau jenis gagah. stamina memang kuat dipersilakan test kestaminaan tu.

lepas breakfast pulangkan motor. Then tunggu kat lobby hotel orang tu datang pick up. bila sampai kat tempat berkumpul untuk pegi pulau tu. nanti dia akan bagi kita sticker yang ada tulis kita under pekej company mana and pakej yang mana kita amik. macam aku amik pakej phi phi island so aku dapat sticker kaler merah tulis phi phi island dengan nama company diorang. so nanti bila kau macam hilang arah tuju kat maya bay ko just tengok sticker siapa yang sama dengan ko or misalnye terlupa nama company kat sticker tu ada tulis. so cari boat yang ada tlis nama company tu. sebab ape aku cakap maya bay? sebab kat maya bay ramai giler orang. mula2 aku sampai maya bay aku dah seronok tak ramai orang. bila aku keluar dari toilet and pegi pantai balik tetiba macam ramai pulak orang. tapi tak de la sampai ko nak jalan pun susah.. ramai tapi still tak ganggu pun aktiviti kau nak buat ape.

okay lepas naik speedboat turus menuju 1st viking cave. sight seeing je viking cave. tangkap2 gambar dari boat. aku benci naik speedboat sebab susah nye la nak tangkap gambar. sebab dinding speedboat tu tinggi. aku lagi suka naik boat macam kat perhentian. viking cave ni tempat sarang burung layang2. tu je. tapi rasa macam jakun sebab tengah2 laut ada cave burung layang2.

next dia pegi sight seeing lagi.. kali ni lagoon ape tah nama dia.. yang ni view paling terbaik. kiri kanan batu tinggi2 tu. then boat slow2 lalu untuk bagi kita tengok view dia. aku paling suka view ni. cantik weh.. cantik sangat. sapa tak pernah pergi lagi mmg tak leh imagine. sama macam aku time dok study kt blog orang pasal krabi before gi krabi aritu. tapi bila ko dah sampai krabi tiba-tiba macam pufff pufff ooo kat sini ooo situ ooo aha la ada baca ni..sebab tu aku before gi bercuti mana2 aku akan study dulu tempat tu. so nanti tak de la rasa macam lost giler. atleast ada la ilmu sikt pegi tempat orang.

then bergerak ke maya bay. kat sini dia bagi masa 45 minit je. aku turun boat terus cari toilet. toilet dia kena redah meredah hutan cikit. tapi cantik okay jalan dia. and ramai je orang, takpayah nak bayangkan hutan = scary. ramai je orang nak terkencing. yang tak boleh blah lelaki nye tempat kencing berdiri tu dia bole plak letak kat tepi2 lereng bukit and OPEN okay. boleh nampak terang-terangan lelaki tengah kencing tapi tak de la nampak bebird ke ape. bila dah abis membuang apa yang patut aku dgn husband aku pegi cari air nak minum. haus. air mineral pun mahal weh. tak igt berapa tapi mahal la. bedal je la. lepas dah membasahkan tekak yang kekeringan.. gitewww .. aku bawak adam main pasir. main pasir je mampu sebab banyak boat parking. ada je area boleh mandi area hujunggggggg.. kang aku pegi area situ kang nanti tertinggal boat pulak aku. so adam kita main pasir je la. cari port baik punya tempat tak kena panas. batu2 kat sne kan tinggi2 so boleh la halang matahari. Da main2 pasir da tangkap2 gambar sharp 45 minit aku da nampak dia reverse boat punctual okay. tapi maya bay memang cantik. macam mana la rupa maya bay time kena tsunami dulu kan.

lepas gerak dari maya bay dekat je dengan maya bay dia bagi snorkeling.. aaaa i love snorkeling!! Adam pun  turun sekali okay. aku bawak pelampung dia. aku snorkeling sambil peluk pinggang adam. dont try this okay kalau ko tak rasa confident or anak kau jenis takut2. anak aku jenis tak takut air. padahal air tu dalam giler. dalam okay. i repeat dalam. dia tak bagi aku pegang dia plak tu. dia nak suruh aku lepaskan dia. tapi snorkeling kat laut andaman ni probs dia ombak la. air dia macam always berombak. always beralun2. so macam susah la jugak nak snorkeling sebab tergoyang2. and coral dia tak cantik. mati. aku rasa perhentian lagi cantik.. 10x lagi cantik untuk coral dia..untuk kejernihan air dia. tapi untuk view  kat sini lagi cantik, maybe sebab batu2 dia tu. so dah boleh bayangkan kegigihan aku snorkeling sambil pegang anak?

lepas snorkeling sepatutnye pegi lunch kat phi phi don tapi dia cakap better kitaorang gi tempat snorkeling yang lagi 1 dlu then baru pegi makan. if pegi sekarang nanti ramai orang nak beratur amik makanan jugak. so pegi snorkeling lagi 1 tempat. aku tak ingat la nama-nama tempa tu semua. ni pun puas aku recall. almaklum la da beranak ni banyak urat putus. alasan! aku pegi turun snorkeling sorang2 kali ni sebab air yang ni lagi dalam. husband aku jaga adam. aku turun2 then masukkan muka dalam air terkejut aku banyak giler ikan depan muka aku. tiba2 terus aku rasa cuak. hahahaha. serius banyak giler ikan. geli2 badan aku. aku gagahkan jugak snorkeling. aku masukkan gopro then tangkap gambar ikan tu depan2 muka ikan tu, hahahaha. aku rasa macam aku tengah terjun dalam tempat pembiakan ikan.

next. inilah masa yang ditunggu2 iaitu makan. kat sini buffet. sukahati ko nak makan banyak mana. aku tambah 2x kot. nampak tak tahap kebuluran aku kat situ. dah sedap2 makanan ni. mana boleh aku lepaskan. thailand ni aku tak paham apesal makanan dia semua sedap2. aku pegi krabi keja aku makan je. lepas makan ..makan lagi. aku hari2 makan pancake weh. sehari 2x makan pancake tu.sedapnyeeeeeee...

lepas makan dia pegi 1 tempat ni. boleh mandi boleh lepak2 tepi pantai. tapi aku duduk atas boat je sebab adam tido. kalau mandi pun kena hati2 sebab orang tu cakap banyak batu.lagi sekali aku tak tau ape nama dia tempat tu. hahaha.

dalam kol 4 camtu bergerak balik ke aonang. sampai aonang kita balik hotel naik transport yang sama macam kita datang tadi.

bila sampai hotel terus mandi rehat2 jap. lepas maghrib cari makan. kitaorang makan kt restoran lemon. jalan kaki je time ni. order siakap 3 rasa la tomyam la sayur campur dgn udang and sotong bakar. kedai ni pun terbaik. tips pilih makanan seafood adalah kau pegi pilih sndri nak besar mana. kalau ko main order je dr meja kau dia akan amik yang paling besar and ko pon akan bayar dengan amount yang besar. standard orang meniaga la kan.

lepas makan pegi jalan-jalan dari kedai ke kedai. lepas tu beli tshirt budak2. tshirt budak2 beli kt aonang je, kedai dia macam kena masuk lorong sikit. dapat la baju budak 100 baht. kat night market baju budak pun 100 baht. kat aonang baju orang besar mahal. 150 baht paling murah. kat night market boleh dapat 100 baht baju orang besar. kalau kau beli banyak berbaloi la pegi night market tu. macam aku memang beli banyak.

lepas dah beli baju ingatkan nak urut tapi adam tak tido lagi. so aku decide nak suruh orang tu datang bilik hotel aku. kena tambah 100 baht kalu dia datang hotel kita. bawah hotel aku je tempat urut tu. so aku pun mengurut la kat bilik. aku dah lama tak urut badan, dapat urut rasa leganya laaaa.. urut tradisional thai tak de pakai minyak. apesal murah sangat urut wehhhh kt krabi ni. 1 body 200 baht je kalau datang bilik tambah lg 100 baht.

lepas orang tu balik aku pun terus tido. badan dah sedap kan. esoknye tu nak pegi jungle trekking. ala yang pegi hot stream, emerald pool dengan elephant trekking tu. yang ni pun banyak pakej. ikot yang bersesuaian dengan kau la. kalau pegi berdua or dengan kawan sesuai la water rating atv bagai. aku bawak anak so pakej mana yang sesuai la.

sambung part 3 plak ye. chow

Sunday, March 8, 2015

krabi part 1

cehhh aku pun nak buat gak krabi ber part-part. tengok blog orang lain update diorang pegi holiday aku pun nak. orang lain pegi holiday luar negara dah merata da. luar negara yang aku penah pegi umrah dengan thailand (golok, hatyai chengmai) ni time sekolah. bila lepas sekolah yang aku pegi sendiri pegi medan sebelum kawen lepas kawen pegi krabi ni dengan suami and anak. Merasa la jugak pegi luar negara kan. negara sejuk je belum ada rezeki nak pegi.

okay start cerita pasal krabi.Di ingatkan entry percutian aku adalah percutian budget tapi awesome. gitewww

okay flight aku pukul 7.15am. aku memamg suka amik flight pepagi sebab nanti sampai sana awal. even tak boleh checkin lagi boleh gi survey2 apa yang patut. aku gerak dari rumah dalam pukul 4pg sebab aku nak aku nak parking kereta kat putrajaya sentral and aku nak kejar 1st train. Then ramai orang cakap klia2 tu besar if sampai lambat akan terkejar2. aku tak nak macam tu sebab aku bawak budak kecik. 

Untuk jimat parking la kat putrajaya sentral. Aku parking 4 hari 3 malam hanya kena bayar parking RM16.00 sahaja. murah kan..murah sesangat. Da lah berbumbung. Kalau Parking area airport menangis nak bayar. Duit bayar parking tu bole bawak belanja pergi bercuti. so bila dah parking naik lift ke tingkat atas then tros pegi kaunter KLIA transit tu. Tiket KLIA transit ke KLIA2 RM6.20 untuk dewasa. since adam da lebih 2 tahun even baru 2 tahun 2bulan kena separuh harga. Actually kat BTS pon bole parking and harga dia sama je dengan putrajaya sentral ni tapi tiket KLIA transit dia mahal. so marilah kita berjimat. bukan jauh sangat pun putrajaya sentral tu dari KL. ohya kat putrajaya sentral tu stroller friendly. sebab anak aku memang naik stroller. so lagi memudahkan la. Aku pegi krabi aku beli stroller murah and ringan kat lazada. sebab dulu aku pegi langkawi stoller aku patah time letak kat dalam kargo tu kot. 

Bila dah sampai KLIA 2 aku tros pergi cari departure gate. Sebab aku dah checkin awal2 and print boarding pass siap2. so jimat masa. Jangan mengharap sangat kiosk checkin tu sebab aku dah banyak kali kena dengan kiosk checkin tu penyudah kena beratur checkin kat kaunter. kiosk tu kadang2 bengong gak. so checkin la and print la boarding pass siap2. tak de la kelam kabut kat airport. ye memang jauh berjalan nak pegi gate. nasib baik sampai awal. so boleh jalan melenggang la jugak.

boarding on time so sampai dalam kol 9 lebih camtu. waktu malaysia dalam kol 10 lebih camtu. thailand lewat 1jam dari malaysia. Time dalam flight dia ada bagi borang untuk isi, kalau steward or stewardess tu tak bagi borang untuk salah sorang family ko sila mintak. setiap orang kena isi. even baby ke budak kecik ke. semua kena isi. time aku stewardess tu tak bagi untuk adam. dah sudah time imigresen airport krabi tu aku kena pegi cari borang isi untuk ada. aku pulak jadi orang paling last. hubby aku pulak dah turun pegi amik stroller. dengan pen pon kat dia. aku kena la beli pen 250baht = rm2.50 rasa pen tu berapa sen je kot. grrrrrr...imigresen thai ni mcm kerek giler. Dia cakap NO NO NO then tgn macam halau-halau aku. Ingat ak saja2 ke hape tak isi borang tu.

Bila dah lepas imigresen tu aku tros cari kaunter bus. sebab sebelum aku pg krabi memang aku dah study berapa budget semua tu. And aku dah siap2 asingkan duit dr naik klia transit tu sampai la ke parking sampaila transportation sampai la ke pakej-pakej yang aku akan ambil. So dah nama percutian bajet yang awesome. so aku pg beli tiket bus. untuk seorang 150 baht. lebih kurang rm15. terkurang terlebih pejam mata je. So untuk aku dengan hubby aku jadi 300baht. adam free. Bas dia selesa je. lagipun dari airport pegi aonang dalam setengah jam je. aircond pon kuat je. kalau pegi reramai tu baik sewa 1 van. aku rasa lagi murah kot sebab kongsi reramai kan. and b4 ko naik bas driver tu akan tanya apa nama hotel kita. nanti dia berhentikan ko betul2 depan hotel ko.

bila sesampai hotel aku tunjukan voucher hotel yang aku beli kat agoda. Nama hotel aku amorn mansion. untuk 4 hari 3 malam aku dapat kt agoda RM337 kot..lebih kurang la.tapi bawah rm350.. Ala hotel basic je..tapi bilik puas hati. selesa. bersih. katil king. bilik superior. ada balkoni. pekerja front desk yang baik. banyak membantu tapi xde swimming pool. tu je lah. kalau ada swimming pool tu bonus bagi aku and husband aku sebab ktorang kalau gi bercuti akan cari hotel yang cukup setakat boleh tidur mandi solat selesa. sebab bukan nye habiskan banyak masa dalam bilik hotel tu. mesti nak pegi explore kan. so dah jimat kat situ. ok sambung, receptionist cakap boleh checkin kol 12.pm aku mula2 tengok jam owhh dah kol 11 kejap je lagi nak kol 12 tapiiii rupa2 aku terlupa yang thailand lambat sejam. and time tu baru kol 10 pagi. so kitaorg decide tglkan barang kat hotel then pegi jejalan cari makan.. sebab lapar kot xmakan dari pagi. makan roti lebihan adam xabis makan je. sadis kan. memandangkan aku sampai sana ari jumaat so banyak kedai halal tak bukak. nasib baik dekat dengan hotel tu ada kedai halal bukak tapi xsedap. bedal jela. bila da lapar akan telan je kan.

lepas makan kitaorang decide jejalan nak usha pakej and dry bag. sebab dry bag kat krabi ni murah. tapi tak tau la kenapa macam xselesa jalan2 time tu. maybe sebab panas bahang giler + tak mandi dari pagi + berpeluh2 so decide balik hotel duduk kat lobi tu. kat hotel ada wifi so layan internet sambil tunggu bilik. adam pon dah tido. nasib bawak stroller. yang hubby aku tinggal kan aku kat hotel dia cakap nak gi massage kt bawah hotel tu. dia bantai massage 2jam. murah wehhh massage. 1jam baru 200baht = rm20.. mana ko nak dapat. aku dengan hubby aku hari2 pun massage. hahhaha..

sambil2 tunggu kat lobby tu aku settlekan pasal taxi nak ke airport untuk balik nanti. saja amik taxi. taxi 500 baht. then aku selak2 pakej2 dia. lebih kurang je harga dengan semua pakej. so aku decide amik je pakej dekat hotel aku tu. malas aku nak pegi cari. bargain punya bargain aku dapat pakej phi phi island 1100 baht sorang adam free. pakej jungle trekking kot nama dia yang pegi emerald pool, hot stream, elephant trekking dapat 800 baht sorang adam free. padahal tak silap aku 2tahun keatas kena bayar. tapi dah dia nak bagi adam free. aku tak persoalkan la. settle. lega skit. so now duit kat tangan just duit nak belanja je la. makcik kayo. hahaha

so bila tepat jam 12 dia bagi aku kunci bilik. aku angkut adam masuk bilik tros aku mandi. best nye la dapat mandi time tu. macam setahun tak mandi. hahhaha. Aku sempat terlelap kejap. kejap je terlelap then hubby aku ketok pintu. cehhh baru nak terlelap.

dalam kol 3 camtu kot kitaorang keluar pegi cari makan lagi. kali ni makan dkt2 dengan hotel gak.hotel aku ni dekat dengan pantai je.kalau nak cari hotel cari area mcd membawa ke pantai. happening area cni. kedai ni asal dia nama bersenang senang tapi dah tukar nama jadi cucumber restoran. owner boleh cakap melayu. orang pattani. makanan dia mmg terbaik wa ckp lu. harga standard tmpt bercuti la. tp portion dia kenyang la makan. lepas makan kitaorang sewa motor. dapat motor scooter scooby tu 200 baht 24jam. hubby aku tu beria2 nak pegi night market cari tshirt i love krabi tu. aku dah cakap night market tu mcm boring. sebab yang aku baca orang tulis kat blog2 tu cakap boring. tapi bagi aku best je. sebab banyak makanan. hahahaha..tapi tshirt tu mmg murah kt night market. and night market bukak jumaat sabtu ahad sahaja...kitaorang pegi night market tu naik moto.. hahaha.. tak de la jauh mana aku rasa night market tu. tapi tak taw kenapa orang cakap jauh. sebab aku ikot jalan short cut kot. kitaorang pegi night market tengok signboard dengan berhenti tanya orang.

bila da sampai night market tu diorang semua baru nak bukak. aku rasa aku salah tengok jam malaysia lagi la. betul2 panas cuaca time tu. dengan kedai xbuka lagi. tak tahan kitaorang balik aonang balik. so nak pegi night market pegi kol 6 keatas. tengok waktu thailand. jangan tengok waktu malaysia. hahaha. nasib baik aku rasa dekat je nightmarket tu. tapi syok naik motor. 1st time naik motor 3 beranak camtu distance yang jauh. ye la selalu dalam taman je.

otw balik tu nak dekat sampai aonang ada pasar malam yang untuk orang2 kampung kot. ada jual makanan and barang2 basah. so kitaorang stop la beli makanan la air la. kat sne banyak jual makanan yang cucuk2 tu. macam fishball cucuk2 tu. memang kat malaysia ada..tapi kat sane dia nye sos or kuah tu sedap giler. aihhh sampai sekarang terliur2.. sedapnyeee...da abis membeli kitaorang balik la aonang. balik hotel dulu. mandi solat lepas tu malam baru keluar balik beli dry bag. sebab esok nak pegi main air. aku dapat dry bag untuk 10L 300 baht. then jalan2 la cuci2 mata. tak beli pun. tapi hari2 pun lalu lalang depan sume kedai tu.

then balik hotel tido sebab esoknye tu nak bangun awal sebab orang yang uruskan pakej pulau kitaorang tu datang amik kol 8.30pg.

bersambung


Saturday, March 7, 2015

Tak payah kena operate

alhamdulillah, syukur sangat adam tak payah kena operate. Haritu aku ada update kan pasal Adam disyaki undescended testes. and hari rabu aritu dia ada appointment dgn doc pakar bedah kanak-kanak kat hkl. Hati aku da dup dap dup dap. dah la kena pg check up bawak adam sorang. maklumla hubby iolss kan dah pindah ipoh. Nasib baik adam behave je layan tab dia. 

So bila sampai turn adam doc tanya bila sedar telur dia xde sume tu. Then doc pon suruh baringkan adam nak check telur dia and bila doc check telur dia ada. Doc tros pandang aku and "cakap telur dia ada la mak." doc cakap normal je. aku cakap la yang aku dah pegi klinik untuk sah kan. and aritu time checkup adam kat KPJ doc tu pon check mmg telur dia xde dalam kantung tu.

Kuasa allah kan. doc kadang2 mmg telur tu akan turun naik. and if telur tu naik tp bila kita try tolakkan dia xnk tron tu yang kena operate. but adam nye dia bole tarik turun kan kebawah tapi telur tu main naik turun jugak. Aku perasan telur tu start turun lepas adam mandi laut kat krabi aritu. pasal mandi laut ke? tp kuasa allah jugak kan. Time tu aku mmg bersyukur adam tak kena operate tapi aku tanya doc tu banyak2 kali macam mana nak tau if telur tu tak normal. doc tu cakap semua budak lelaki ni punya telur lain2. so just bagi masa and maybe adam nye telur jenis lambat. 

so dah doc pakar bedah cakap macam tu aku just accept apa doc cakap. mesti dia pun dah jumpa banyak kes kan. HKL plak tu. alhamdulillah. :)