Monday, June 8, 2015

vacation dengan family kat kuantan

time balik tu aku siap ikot jalan lama. siap ikot jalan gombak lama. nasib baik banyak keta ikot. jalan diHari sabtu 6.6.15 aku pergi bercuti dengan family aku. Family aku semua pergi kecuali family mira sebab husband dia kena pergi kenduri kawen bff kat ipoh. Actually aku, husband, and ayah aku ada meeting koperasi kat raub. Cerita pasal koperasi cerita lain. kalau rajin aku citer. Tapi yang best pasal koperasi adalah bila attend meeting dapat duit elaun. hahahahaha.

So after meeting kitaorang bergerak la ke kuantan. actly booking pon last minute kat agoda. Nasib ada. Ye family aku memang suka last minute plan. Plan awal2 biasanya tak jadi. mula-mula nak book pergi janda baik. semua fully booked. fraser hills pon semua fully booked. ada pun cameron highlands tapi dah banyak kali pergi cameron highlands tu. if pergi cameron highland tu time cuti sekolah memang akan stuck la jem kat atas tu. so setelah aku menyakin kan ibuayh yang baik book cepat sebab tinggal 1 je ni kosong so ibu termakan pujukan aku then aku pun book la kat Samsuria beach and resident. 

And aku jugak berjaya menyakin kan ibu untuk book penthouse. bhabhabhabha. So bila sampai Samsuria ni aku bayangkan penthouse selalunya 2 tingkat. tapi ni 1 tingkat sahaja. Tersangat la cantik penthouse ni punya decorations. kira paling mahal la penthouse ni. Tapi tak de lah mahal sangat. value of money giteww. kalau ko pegi berdua je terasa la mahal. ni pergi beramai2 rasa la murah. 

alamat dia pantai balok, kuantan. tapi sebenarnye dia da hujung pantai balok. sempadan dengan cherating. aku suka dengan pantai dia. Air dia jernih tak delah keroh n adam hitam2 macam kat PD tu. lagipun dia private beach. So tak ramai orang. Eh boleh kira la orang. Ye la kan cuti sekolah biasanya pantai ramai orang kan. Ni tak. aku siap boleh baring acah2 menjemur diri aku tapi tak de matahari. hahahah. dia nye pantai pon luas. adam boleh berlari2 lagi sambil mommy abah dia main scrub2 kaki. sweet tak iolss dengan husband iolss. hahahhaha. 

okay lets cerita pasal penthouse. penthouse ni ada 3 bilik. tapi dalam stor ada letak 2 katil bujang yang jenis boleh lipat katil tu. so boleh la bukak then sukati ko la nak tido kat mne. ada 2 balkoni. semua mengadap laut. master bedroon dia siap ada cermin yang kalau ko baring kat dalam bathub tuu sambil2 boleh hayati tengok laut. tapi master bedroom kepunyaan ibuayah laaa. aku and abg aku bilik biasa je.. tapi besar gabak bilik dia siap bilik air. boleh memasak ye. dia sediakn dapur yang elektrik tu. perkakas semua ada cuma aku n family aku was2 nak guna semua tu ye la tah spe2 guna kan. mana tau guna untuk makan or masak benda yang tak halal. 

tah la aku tak leh move on dari penthouse tu. Aku impikan rumah macam tu. tapi apakan daya aku adalah seorang insan kerdil. 

okay tukar citer pasal makan kat mana. Aku dengan kuantan memang dah biasa. dalam banyak2 tempat bercuti aku paling banyak pergi kuantan. kau tanya aku kat kuantan nak makan kat mana confrim aku boleh jawab. tapi kalau ko tanya aku kat kl nak makan mana confirm aku terpikir2 nak bagi idea.

Nanti aku buat entry senaraikan tempat yang patut pergi kat kuantan. now bagi aku cerita percutian aku and family aku. untuk makan malam kitaorang pergi nun ke bandar kuantan. lebih kurang setengah jam dari hotel kitaorang. memang paling dekat boleh makan kat cherating. tapi tak taw nk makan mana kat cherating tu and confirm ramai orang.

so kitaorang pergi makan kat ana ikan bakar petai kat tg lumpur. dia ada 2 satu yang kena masuk dalam kat area tepi pantai tg lumpur tu. second kat tepi jalan. aku tak suka makan area dalam sebab memang ramai orang. Yang belah luar ni ramai jugak orang tapi so far aku pergi ada je tempat duduk. Sotong celup tepung sini memang terbaik. Harga pun okay je.

Bila lepas makan ingkan nak jenjalan kat Teluk Cempedak tapi jem gilos. so balik je hotel. 

Esoknye kitaorang breakfast mee canlong. husband aku pegi tapau kat area Beserah. Pun sedap jugak. lepas breakfast pegi mandi swimming pool. then naik siap2 nak checkout.

lepas checkout kitaorang ikot jalan pantai menghala ke beserah sebab nak pergi beli ikan sotong udang segar. tapi time kitaornag sampai kawan husband aku cakap ikan naik pukul 3. So kitaorang pergi makan dulu kat poksu moksu. poksu moksu ni jual segala mak nenek celup tepung. tapi paling terbaik sotong celup tepung dia dengan sata. sedapnyeeee..rezeki ada sotong. kalau tak memang cepat je habis sotong dia tu. Ni aku pergi belah tepi tu booking siap2 dengan akak tu nak sotong berapa.

Lepas makan solat then bergerak ke tempat beli ikan segar tadi. then lepas beli kitaorang pun bergerak balik. Actly banyak tempat nak pergi lagi tapi kitaorang tengok waze memang jem kaw kaw punya. 

a memang sempit and gelap. tapi dari ngadap jem yang kaw2 tu baik ikot sini. selalunye kl-kuantan or kuantan-kl 2 jam lebih je. tapi ni jadi sampai 5jam.  

1 comment: