Wednesday, June 10, 2015

tempat yang harus pergi bila pergi kuantan

Aku bukan lah orang kuantan. tapi aku suka pergi kuantan. Sama jugak dengan husband aku pun suka pergi kuantan. Lagipun husband aku sebelum kawen 7 tahun rasanya stay kuantan sebelum dia dapat transfer keja kat KL.

Bila dah kawen aku rasa tempat yang paling banyak aku pergi adalah kuantan sampaikan orang ingat rumah parents in law aku kat kuantan. LOL. Husband aku asal Raub laaa.

So bila pergi kuantan otak aku terus akan terpikir makan makan makan.. hahahaha. then of course laut. Meh aku senaraikan.

Restoran Ikan Patin Pak Akob

Restoran ni untuk makan tengahari. Terbaik wa cakap lu. Lauk-lauk dia semua lauk-lauk kampung. Dulu kat area tepi sungai pahang tu tapi baru-baru ni aku pergi dah macam tak de kedai dia. Tapi dia ada kedai lagi satu sebaris dengan hotel season inn.

Pok Su Mok Su

Kedai ni macam-macam makan. Tapi yang famous celup tepung dia. sotong ada ikan ada udang ada. sata otak-otak, laksam, kuih2 yang asal dari pantai timur, nasi berlauk. better datang pukul 1- 2 cmtu sebab time2 camni baru ada sotong. sotong celup tepung dia memang cepat abis. Then tips aku korang pegi kat tepi area dia letak sata then order siap-siap berapa korang nak contoh nye sotong bpe ekor nak. then nanti akak tu asingkan la ko nye. then ko tak yah berebut2 dengan orang lain.

Gerai Mokna

Ni pun sama jual segala celup tepung. husband aku cakap asalnye Mokna ni terbaik. tapi tak taw kenapa da tak seramai poksu moksu. kat sini pun ada jual sata otak-otak n lain-lain. aku dah lama tak pergi sini. Last pergi time bercinta dengan husband aku dulu. sekarang ni aku banyak pergi poksu moksu je.

Karipap Besar Taman Gelora

Karipap makcik ni memang besar kedabak. Sedap lak tu. Aihhh aku penggemar karipap tegar so memang aku suka betul karipap makcik ni selain karipap ikea. Panas-panas pulak tu. Even dia besar inti dia tetap padat okay.

Lilawadi

Tempat ni memang famous. kalau aku tak bagitau pun memang siapa yang pegi kuantan akan try makan kat sini. Kat sini ada macam steamboat and grill tu. Ada la makanan lain jugak. Diorang ada jual dessert yang famous iaitu mango cheese cake. Signature diorang. Terbaik mango cheese cake ni. Dia beku then bila makan cair dalam mulut. memang terasa cheese and mango dia. aaaaaaaaa sedapnyeeeee.

Kulacakes by Lilawadi

Ini adalah kedai jual dessert sahaja by lilawadi. Pavlova ada.. mango cheese cake ada, redvalvet ada eh macam-macam ada. selalu diorang ada update kat Instagram diorang yang ape diorang jual hari tu or diorang bukak kol bape or tutup ke haritu. So sebelum menerjah sambil menjejeh airliur usha dulu IG diorang ok.

Ana ikan Bakar Petai

Tempat Fav aku untuk dinner if datang kuantan. Dah la harga berpatutan. Dia punya sotong celup tepung sedap rangup.. Signature dia of course la dibakar dengan petai. Dia ada 2. Satu ko kena masuk area dalam-dalam tangjung lumpur tu. And 1 lagi kat luar tepi jalan besar tanjung lumpur. Aku tak suka pergi yang kat dalam tu. sebab serabut. Aku selalu pergi yang kat area luar nye. and tak pernah tak dapat tempat duduk.
 Aku dah pernah try ana ikan bakar petai yang kat Bangi nye. tapi tak sesedap yang kuantan nye.

Sara Thai

Sini dari makan tengah hari ke makan malam dia bukak. Sini adalah masakan thai yang sedap.. serius sedap. memang sedap. Paling sedap Ikan steam lemon dia. weh paling sedap yang pernah aku rasa. Korang nanti try taw.

Teluk Cempedak

Bila datang kuantan sure aku pegi sini. salah satu sebab aku suka laut. 2nd sebab TC ni environment dia lain. mcd kfc starbucks cool blog semua tepi pantai. Kalau malam lagi la happening. Ko boleh tengok ramai orang melepak duduk atas pasir tu sambil tengok laut. Aku rasa kalau ada orang buat bisnes shisha mesti laku, bentang alas bagi orang duduk isap shisha. eh aku lak ajar. hahahaha.

Pasar Sejahtera ikan segar beserah

Aku kalau pergi kuantan selalu nya akan singgah pasar ni. Beli kotak kat pasaraya Tunas Manja. Kotak Gabus putih tu la. Beli ikan segar, sotong udang ketam macam-macam la. Husband aku memang ada kawan jual ikan segar semua tu kat pasar tu so boleh la selalu kitaorang dapat murah cikit. cikit je la.

Kari Kambing Pokok Ceri Beserah

Husband aku la cakap kari kambing kat sini terbaik.Orang kuantan panggil kari kambing pokok ceri sebab gerai dia bawah pokok ceri. Tapi aku syak dia bukak hari weekdays je la. Sebab tiap kali kalau kitaorang pegi mesti tutup. Ye la kitaorang pegi time weekend.

Mee canlong Beserah

Mee canlong kat sini pun boleh tahan sedap dia. Dia guna bebola ikan. Aku rasa bebola ikan tu dia buat sendiri sebab rupa dia lain dari kalau yang kita beli.

Ada lagi satu kedai untuk breakfast. jual nasi dagang kerabu nasi lemak. Semua sedap-sedap. tapi aku lupa nama kedai dia apa. Tapi dia area tanjung lumpur. Kedai dia belah Kiri sebelum sampai Kedai Pok Su Mok Su.

And ada jugak lagi 1 kedai jual segala mak nenek ikan masin dengan harga yang murah. aku and husband panggil tempat tu kedai ikan masin peti ais je, sebab nak pilih ikan masin tu semua kena masuk dalam peti aias yang besar tu. memang kekatungan aku kalau pegi situ. Tapi memang murah. Dia dekat area beserah. Simpang masuk dia sebelum simpang masuk pasar ikan segar tu. nanti aku ingat aku update kemudian.

So ni jelah yang aku ingat. Agak-agak nanti aku teringat aku update la ye.

3 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Janda Baik dah pegi?
    Like page ni....
    https://www.facebook.com/pg/JandaBaikAttractions/reviews/

    ReplyDelete