Friday, May 15, 2015

Adam masuk brainy bunch

Actually aku dah banyak kali pikir nak hantar adam masuk mana2 school. Dia kan ikot aku pergi keja. Dia panjat sana, dia main chop abis cop kaki tangan semua, dia main conteng2 document. document customer pon dia conteng. macam-macam lagi la. bukan aku tak tahan dengan perangai anak aku. Tapi apa yang aku buat ni untuk kebaikan dia. Better hantar pegi school dapat jugak dia bergaul and belajar ape2. Aku tau ramai yang cakap kecik lagi nak hantar school. Budak bukan taw ape la. Nanti cepat bosan la. Sia-sia je hantar awal-awal , compare anak dia anta umur 5 tahun la and so on. Mula-mula aku dengar semua ni aku macam kenapa mentality diorang macam ni. kenapa??? maybe sebab zaman dulu-dulu hantar sekolah tadika umur 5 6 tahun. paling awal pon 4 tahun. sebab bila orang cakap awalnyee aku tros jawab ni playschool. terus diorang oooo.. then tukar pulak ayat mesti mahal. dah sudah tambah lagi 1 nak jawab.

aku hantar Adam half day dulu. sebab  nk biasakan dia dengan sekolah tu.mula-mula biasa la confirm akan nangis. Sekarang pon nangis jugak. lagi-lagi kalau dia dah lama cuti then pegi school. Dulu aku pegi sekolah tadika umur 5 tahun pun nangis. Ni kan pulak budak umur 2 tahun. Semua benda pun kita kena bagi masa.

Aku just risau if adam terjatuh ke gaduhh ke dengan kawan2. Sebab dia memang selalu terjatuh. Terhantuk la. Tapi tu lah dah nama budak. Aku just tawakal.

Story pasal school. So far semua nye okay. Brainy Bunch salah satu tadika yang popular, dah estalish. and jugak agak mahal. Selagi aku rasa aku mampu bayar aku tak kisah ia mahal untuk pendidikan anak aku. Biarlah aku kena tahan nafsu aku dari shopping. Asalkan anak aku dapat yang terbaik. tapi kalau dah mahal melampau2 idok leww teman mengiakan.

Brainy Bunch ni konsep dia islamic montessori. Montessori ni more kepada biarkan anak berdikari. Untuk macam adam yang umur 2-3 tahun dia masuk kelas Playhouse. macam belajar sambil main2. So tak de lah diaorang nak bosan belajar nye macam orang dok pikir. Aku hantar anak aku sekolah pun sebab nak dia bergaul. Dia kat opis kawan dengan sepupu dia umur muda 2 bulan lebih dari dia. So membuatkan percakapan dia macam lambat sikit. tapi ada benda yang dia cakap cuma sepatah2. Sepatutnya umur dia dah bole buat 3 patah perkataan. So doktor pakar nasihatkan aku hantar dia nursery untuk dia bergaul.  Aku pikir2 balik why not hantar school je dari hantar nursery. Hantar school boleh belajar sekali.

So aku cari-cari comparekan little caliph, genius aulad, brainy bunch dengan Q dees. Tapi yang amik umur macam adam hanya Qdess dengan brainy bunch. So ak decide Brainy Bunch sebab dia islamic kan.

Aku start masuk kan adam awal bulan 4. Agak terlambat jugak. Baru masuk 2 minggu da kena sports day. Sebab tu time perbarisan aku pun kena berbaris sekali. hahahaha. Rasa seronok tengok keletah budak2 ni. Padahal diorang baru umur berapa kan.

Macam adam kan amik half day nye. so anta pagi2 kol 8 camtu. aunty(kat sna tak panggil teacher) dia cakap pukul 9 macam tu diorang breakfast. Lepas tu ada la aktiviti diorang. Apa-apa anouncement diorang mula-mula akan post kat whatsapp group. lepas tu bagi surat. sekarang teknologi da moden kan. guna whatsapp je. lepas tu pukul 11 pagi bagi susu. dia macam nak bagi displin la kan tapi kalau anak tu jenis minum susu on demand bagi je taw kat diorang. Diorang jugak tukarkan pampers. kadang-kadang tukarkan baju.

kalau aku hantar adam pagi2 tu aku tinjauu tengok budak2 yang untuk 4-6 tahun da standby pakai telekung nak solat sunat dhuha. macam aritu aunty dia post kat group whatsapp suruh parents ajarkan anak surah al kauthar.

Brainy Bunch ni banyak branch dia. satu malaysia ada branch dia. Kalau jenis school dia rumah or rumah banglo mahal sikit. Kalau rumah kedai murah sikit rasa beza bape puluh ringgit tah. Ni sebab sewa.

so far banyak la jugak words yang adam boleh cakap. ada la perkembangan dia. cuma nangis tu la time hantar dia kat school tu, tak taw la aku macam mana. Maybe kena bagi dia masa.  

3 comments:

  1. Hi sis, saya pon insyaAllah bakal hantar anak ke sana. Tahun depan January. Dah terdesak sebab nenek dah tak larat nak jaga. So next year Mac 2017 baru genap 2 tahun anak saya. Sebenarnya dalam otak nie pikir benda yang sama la terjatuh la bergaduh la kene buli lah.. huwaaaaaa..so cemana progress Adam? Anak saya lelaki juga sama je mcm Adam bercakap bila perlu. Biasalah lelaki dia xsuka membebel hehehe..thanks sebab share info..kalau boleh bgtah progress Adam lagi bagus! Salam perkenalan..

    ReplyDelete