Bangun pagi-pagi. macam Biasa ingatkan dah macam lambat bangun. tapi bila bangun-bangun tengok-tengok jam baru pukul 8pg. Ye la kan sebab waktu thailand kan lambat sejam. Siap-siap nak pergi cari breakfast and round-round sebelum balik. Aku dah siap-siap pakaikan adam swimming suit da. Sebab nak bawak adam pegi pantai.
So kitaorang pun pergi breakfast kat area yang atas motor orang jual makanan tu. Pagi-pagi dah bukak.
So aku order ape tah nama dia da lupa. tapi kueh tiaw goreng tu. sedapppppp.. adoi teringat-ingat lak. tu untuk adam. aku nye makanan lak aku order kueh tiaw sup daging. pun sedap jugak. Adam makan punya la sikit. so mommy dia la abiskan. bhaaabhaaa.
lepas makan kitaorang bergerak pergi area pantai yang luar dr aonang. dia macam lengang sikit pantai tu. depan sikit dari tempat orang jual-jual makanan atas motor tu. Aku bagi adam main pasir je. tuu pun cari tempat redup. nak bawak pegi kat air panas membahang. layan-layan adam main pasir. lepas tu balik hotel. sebab checkout pukul 11 okay. bukan 12 macam kat malaysia. fligh ak dah la pukul 6. tapi nasib baik hotel tu bagi kita letak barang kat dobi dia and guna bilik air dia untuk mandi. siap bagi towel lagi.
bila dah checkout round-round naik motor lagi. then jalan-jalan nak abiskan duit yang berbaki ni. sebab bila fikir2 macam x berbaloi nak tukar duit malaysia. beli seluar yang super selesa. husband aku beli singlet. hari last baru nak beli singlet. dah nak balik da pun. terus dia jalan-jalan pakai singlet je. sebab tengah panas. sana panas kering. panas yang tak berangin. bahang. masuk kedai-kedai sume bahang giler. kejap-kejap aku masuk family mart dia la. 7e dia la.. sebab nak aircond. hahahaha. Yang adam asyik nak pau aiskrim je.
time-time tengah-tengah jalan tu pun adam bole bantai tido. macam nak patah pinggang aku ni. dah la jalan jauh. jalan-jalan sampai tak sedar dah jauh. lepas tu nak patah balik tu yang seksa tu. ada moto pon tapi mesti park kan. nak pegi tempat parking moto bukan nye dekat bila dah jalan tak sedar diri.hahahha
dah penat jalan balik hotel then aku gilir-gilir dengan husband aku mandi. takkan aku masuk 22 orang dalam toilet tu kan. kang lain macam orang lain pikir lak. lega dapat mandi. lepas mandi layan internet jap then teksi datang. actually dia bukan la teksi yang betul-betul teksi tu. dia adalah prebet sapu. naik kereta honda civic yang baru tu. borak-borak dengan orang drebar tu macam ayam dengan itik. puas la aku dgn husband ak bagi dia paham. sampai isyarat tangan pun keluar. hahaha. nasib dia paham sikit-sikit. kereta kat thailand kan murah. sebab tu nampak kereta semua macam mahal-mahal nye.dia cakap koh samui cantik sangat and senang cari makanan halal. driver ni muda lagi and muslim.
sampai airport kononnya nak checkin kat kiosk. tapi tak boleh. time nak imbas passport tu tak leh. aku memang dengan kiosk ni asyik ada problem je. so aku pegi beratur checkin kat kaunter. aku siap tanya kat kaunter tu if kat atas flight nak beli makanan bole pakai tu baht tak. dia cakap bole. legaa.. bole abis kan lagi duit kat atas flight. lapar giler kottt kitaorg. kat airport takda makanan halal. yang ada pun maggie cup. bedal je la buat alas perut.
bila da masuk kat area boarding tu yang kat area scan beg badan semua tu. polis kot tah aku tak tau la dia ape.. suruh bukak beg husband aku. sebab ada 2 power bank. dia nak rampas yang lagi 1 tu. dia cakap dalam 1 bag tak leh bawak 2 power bank. aku cepat cakap okay tak yah rampas 1 aku punya 1 dia punya. nasib baik dia bagi lepas. then pegi kat imigresen lak. orang imigresen thai ni garang-garang aku rasa. dah la tak senyum langsung. lepas tu bila cakap dengan kita macam nak ajak bergadoh je. nasib tak de prob kat imigresen. kalau tak terpaksa lak aku tinggal sambung makan pancake. hahahaha
so menunggu la kat boarding area. panas kau. dia letak kipas berdiri yang pusing kanan kiri tu je. tu pun kat bahagia depan sekali. aircond rosak ke hapa. ada org putih tu lagi la plak dia stop kan kipas tu dari pusing kiri kanan and hala kat dia sorang je.
bila da berlepas aku pun order la makanan. husband aku order nasi lemak pak nasir. kejap je sampai. aku lak order nasi dgn daging black pepper. dah nak dekat sampai pun tak dapat-dapat makanan aku. then dia datang2 cakap dah abis. dia gantikan dgn nasi lemak pak nasir. ak cakap okay. tapi tup-tup dia hantar nasi dgn sayur dal. adoi aku da la xsuke. aku baru nak makan tiba-tiba flight tu macam menjunam je kebawah. laju lak tu menjunam. nampak la flight tu kebawah. aku dah cuak. tak selesa nak makan, rasa nak muntah. sebab dia betul2 menjunam kebawah dengan laju. aku bukan 1st time naik flight. tapi rasa tak pernah kot macam tu. dia menjunam then tiba2 dia lurus balik. lepas tu menjunam balik. lepas tu capt announce nak mendarat da. aku tak sempat makan kot. aku suruh stewardess tu bungkus kan. dia cakp tak pe2 take ur time makan je. aku cakap dah tak leh nak makan. dah la perut lapar. nasi dapat yang lain. dengan kapal terbang menjunam dengan laju. bukan aku sorang je perasan. aku tengok passenger lain dah pandang kiri kanan da. dah tak tenteram duduk. bila da landing stewardess tu cakap awal 15minit. patut la ko bawak macam menjunam semacam. awal 15minit sampai kot.
dah sampai amik stroller then teros pegi beli tiket klia express. bergerak ke park and ride putrajaya sentral. parking aku kena untuk 4 hari 3 malam adalah RM16 sahaja. bapak la murah. sekian itulah sahaja cerita krabi saya. kalau aku rajin aku pendekkan tips-tips pergi krabi ni.