Wednesday, October 22, 2014

Duduk rumah time cuti

Lamanye tak post kat blog tersayang ni.. hari ni cuti deepavali.. iolss duduk rumah je. Adam tak sihat then hubby tersayang pon takde. Hubby iolls dah pindah duduk ipoh.. dia kena transfer sana. senang citer naik pangkat.. iolss dengan adam tak follow.. ramai tanya kenapa tak follow? Tempat seorang isteri kan kt tempat suami. Isteri kena la ada dekat dengan suami. Suami nanti cari lain la. Nanti suami buat hal la. Ala anak nanti letak la dekat orang jaga. Cari keja lain kat ipoh. Bla bla bla.. hoishhh senang nye orang bercakap untuk atur hidup aku. Untuk atur rumah tangga aku. Ada la sebabnye aku tak follow. Kena pikir banyak benda. Banyak aspek. Kewangan, anak, kerja bla bla bla. Adam tu dah lasak bebenor. Dari dia lahir dia duduk berkepit dgn aku 24jam. Ko rasa kalau letak dekat rumah orang ingat senang ke  orang tu nk jaga adam yang tengah lasak ni. Budak kalau nak letak kt rumah orang biar time baby lg. Kalau aku pegi ikot husband aku g ipoh bukan tup tup tros dapat kerja. Selama aku menganggur tu ada orang lain ke nak bagi duit kt aku 1 family kalau kitorang xckop duit? Zaman sekarang yang semua benda pon nak naik ni Xckop seorang je kerja. Sekarang ni kerja bukan untuk kaya. Tapi untuk lepas makan pakai keperluan. Tu pon dah ckop alhamdulillah. Ada orang yang tros paham kenapa aku xfollow husband aku. Ada orang yang seboleh2 nak suruh aku follow husband aku. Husband aku pon dia xde la tros nk menetap dekat ipoh tu sampai pencen. At the same time dia mintak untuk transfer balik..jauh kot if duduk ipoh nak balik kg masing2.. if duduk KL ni dekat nak balik kg dia. Dekat nk balik kg aku. Tol pon xmahal. Balik kg aku tol seringgit. Balik kg dia tol 8rgt. Kalau duduk ipoh tol pon da 20 something. Tu pergi sahaja. Siapa taknak duduk 24jam dengan husband sendiri. Tp kadang2 kene sacrifice.  Maybe ada la hikmah semua ni.

Thursday, April 10, 2014

post entry hari-hari

puas, jenuh aku fikir macam mana la nak post kt blog ni hari-hari. Macam mana la blogger-blogger lain boleh post hari-hari. Semenjak ada anak ni memang jenuh nak post apa-apa dalam blog ni..dah tu kaalu post pon setakat membebel..aku nak post siap ada gamabr tapi aku tak tau asal aku tak post siap ada gambar. pastu idea memang kering kontang. sekarang ni bila balik kerja je memang ingat nak tido...bila anak tido aku pon tido.. kadang-kadang anak tak tido lagi tapi aku dah tertido..time study dulu hari-hari mesti update..kadang-kadang sehari 2 entry..siap gambar..now nak cerita apa pun blur..padahal ada banyak benda nak cerita..

Thursday, March 27, 2014

susahnya untuk jadi lebih baik

bila aku tengah down kadang-kadang aku terfikir kenapa nasib aku macam ni sedangkan aku cuba untuk jadi lebih baik..kenapa bila kita cuba untuk jadi lebih baik tapi lagi orang tak suka kita..makin rimas dgn kita..kenapa semakin aku cuba untuk jadi lebih baik semakin tu lah banyak dugaan yang datang..kadang2 aku akan banding kan dengan orang-orang..contoh macam kenapa orang tu life dia sosial tapi dia dapat result exam gempak giler..kenapa orang tu life sosial tapi boleh berjaya dalam hidup..kenapa orang tu tinggalkn suruhan Allah tapi boleh hidup bahagia sampai perfect la hidup dia...aku tak cakap diri aku terlalu baik...tapi atleast aku cuba ubah diri aku jadi lebih baik..bila aku banyak baca buku2 ke..google ke untuk aku pujuk diri aku ni baru aku tahu yang nak jadi lebih baik tu bukan senang..bukan mudah...tak kuat iman sebab tu boleh buat kita rasa down n mempersoalkan apa yang jadi dalam hidup kita ni...aku pun bukan lah seorang yang kuat iman..untuk dapat apa yang kita nak bukan mudah kan...sebab tu Allah duga aku dengan bermacam2..biar kuat iman aku..biar aku jadi kuat..Allah duga sebab dia sayang..sebab dia nak kita ingat kat dia sentiasa...patut rasa beruntung..sebab bila Allah bagi dugaan mesti dia nak bagi sesuatu yang baik...bahagia kat dunia belum tentu bahagia kat akhirat..apa yang kita kejar akhirat bukan dunia..tapi lagi bagus bahagia dunia akhirat..lagi bagus berjaya dunia akhirat...

aku perlu jadikan diri aku lebih baik dari sebelum2 ni sebab aku nak anak aku nampak yang mommy dia ni seorang yang dia bole jadikan contoh...bukan senang nak didik anak..bila sekarang adam dah pandai tiru apa yang orang2 sekeliling dia buat lagi aku bertambah risau..risau dia ikut benda2 yang tak sepatutnya..so role model yang terbaik dari parents sendiri kan..aku nak anak aku berjaya dunia akhirat...aku nak sama2 dengan keluarga aku dunia akhirat..

Friday, January 31, 2014

Post 1st untuk 2014

Haih lama nye tak update blog..ak busy..busy kerja..busy jaga anak. Balik kerja kne masak. Lepas masak kena jaga anak..kena wat keja rumah..kadang if letih bebenor ak tertido awal..tu la rutin hari2..bila hujung minggu je dpt la g mne2..kdg2 x g mana2 pon..kdg2 duduk rumah je kemas rumah..tp anak aku ni xleh duduk diam kalau sehari suntuk x kuar rumah..

So ni la upadate pertama untuk tahun 2014..padahal dah hujung bulan 1 pon..punya lah pemalas ko nk update blog ni kan ayu oi..

Mayb next entry nk tlis psl pg langkawi dgn family aku kot..maybe okay..maybe..chawww