Friday, December 23, 2016
Hati yang tidak berharga
Blogy.. lately ni aku rasa orang buat hati aku, perasaan aku macam takde harga je. Aku boleh jadi penyabar yang sangat-sangat sabar. Tapi sabar aku tu pun ada had.
Outspoken. memang kita kena cakap jujur dengan orang. Tapi kalau kita cakap then sakitkan hati orang bukan ke berdosa? Bagi aku boleh je nak outspoken. tapi biar la bertempat. biarla sesuai dengan waktu. kadang-kadang kita just fikirkan kepuasan diri kita. sebab kita always rasa kita je betul. Tapi kita takda nak fikir ape orang rasa. sebab kita selesa dengan tempat kita sendiri, tapi kita maybe tak sedar yang kita bukan nya selalu kat atas.
kadang-kadang aku rasa macam nak hilang sabar, tapi aku tahan diri aku sebab aku tau bila aku hilang sabar benda akan jadi lagi worst. Aku banyak diamkan diri aku bila berdepan dengan orang-orang macam ni. or aku avoid dari orang-orang macam ni.
Aku tau aku memang akan jumpa manusia-manusia macam ni kat mana-mana pun. So the best way, aku akan avoid selagi boleh.
sebab mulut badan binasa. semoga Allah kuatkan lagi iman dalam diri aku,
Saturday, October 3, 2015
Salah ke?
Di ingatkan post kali ni adalah luahan aku. Tak nak baca or rasa annoying stop baca takat sini. Aku tak paksa untuk sape2 baca.
Okay 1st ak skg ni if ada benda y ak xtahan nak simpan ak luahkan kt moment kt we chat. Ak approve orang yang aku rasa nak approve je. Tak de la semua nye y tak happy je aku tlis.. ada je y happy pon ak tlis. Tapi aku tak taw n betul2 tak paham kenapa orang nak cakap aku meroyan tulis kt moments tu. Sukahati aku la. Kau tulis ape2 pon aku tak pernah nak cakap ape. Serius aku tak pernah nak cakap pape.. sebab sukati kau nak tlis ape. Sebab tu ur own space. Tapi bila time aku tlis ape2 yang kau tak puas ati kenapa? Kau ingat aku orang gila ke nak tulis benda yang tak jadi kat aku. Aku ni selagi bole tahan aku pendam. Ak pon kena meluahkan.
Kau tak suka aku tulis pape kau boleh je unfollow or block or pape je. Tapi kenapa kau tak buat mcm tu? Kau nak jugak baca ape aku tlis. Kau tak de kat tempat ak.. kau tak ngadap pon ape aku rasa. Cuba kau duduk tempat aku.
Kau tau tak aku msk kerja tmpt baru hari 1st pon dah siap orang main psl bapak2 aku. Ak tnya pasal kerja pon kena bising. Hari 1st weh. Padahal aku tak pernah kenal that staff pon before this! And aku hari2 kena ngadap that staff yang hari2 ada je benda tak kena.
Aku manusia biasa yang tak lari dari masalah. Yes aku memang banyak masalah. Life kita lain2. Ko maybe boleh senang hadap masalah hidup kau. Tapi aku ada cara aku sendri nak hadap masalah hidup aku. Aku dah luah then aku akan okay after that.
Depan ak kau comment sabar bla bal bla. Belakang ak ko cakap aku meroyan.
Wednesday, June 10, 2015
tempat yang harus pergi bila pergi kuantan
Bila dah kawen aku rasa tempat yang paling banyak aku pergi adalah kuantan sampaikan orang ingat rumah parents in law aku kat kuantan. LOL. Husband aku asal Raub laaa.
So bila pergi kuantan otak aku terus akan terpikir makan makan makan.. hahahaha. then of course laut. Meh aku senaraikan.
Restoran Ikan Patin Pak Akob
Restoran ni untuk makan tengahari. Terbaik wa cakap lu. Lauk-lauk dia semua lauk-lauk kampung. Dulu kat area tepi sungai pahang tu tapi baru-baru ni aku pergi dah macam tak de kedai dia. Tapi dia ada kedai lagi satu sebaris dengan hotel season inn.
Pok Su Mok Su
Kedai ni macam-macam makan. Tapi yang famous celup tepung dia. sotong ada ikan ada udang ada. sata otak-otak, laksam, kuih2 yang asal dari pantai timur, nasi berlauk. better datang pukul 1- 2 cmtu sebab time2 camni baru ada sotong. sotong celup tepung dia memang cepat abis. Then tips aku korang pegi kat tepi area dia letak sata then order siap-siap berapa korang nak contoh nye sotong bpe ekor nak. then nanti akak tu asingkan la ko nye. then ko tak yah berebut2 dengan orang lain.
Gerai Mokna
Ni pun sama jual segala celup tepung. husband aku cakap asalnye Mokna ni terbaik. tapi tak taw kenapa da tak seramai poksu moksu. kat sini pun ada jual sata otak-otak n lain-lain. aku dah lama tak pergi sini. Last pergi time bercinta dengan husband aku dulu. sekarang ni aku banyak pergi poksu moksu je.
Karipap Besar Taman Gelora
Karipap makcik ni memang besar kedabak. Sedap lak tu. Aihhh aku penggemar karipap tegar so memang aku suka betul karipap makcik ni selain karipap ikea. Panas-panas pulak tu. Even dia besar inti dia tetap padat okay.
Lilawadi
Tempat ni memang famous. kalau aku tak bagitau pun memang siapa yang pegi kuantan akan try makan kat sini. Kat sini ada macam steamboat and grill tu. Ada la makanan lain jugak. Diorang ada jual dessert yang famous iaitu mango cheese cake. Signature diorang. Terbaik mango cheese cake ni. Dia beku then bila makan cair dalam mulut. memang terasa cheese and mango dia. aaaaaaaaa sedapnyeeeee.
Kulacakes by Lilawadi
Ini adalah kedai jual dessert sahaja by lilawadi. Pavlova ada.. mango cheese cake ada, redvalvet ada eh macam-macam ada. selalu diorang ada update kat Instagram diorang yang ape diorang jual hari tu or diorang bukak kol bape or tutup ke haritu. So sebelum menerjah sambil menjejeh airliur usha dulu IG diorang ok.
Ana ikan Bakar Petai
Tempat Fav aku untuk dinner if datang kuantan. Dah la harga berpatutan. Dia punya sotong celup tepung sedap rangup.. Signature dia of course la dibakar dengan petai. Dia ada 2. Satu ko kena masuk area dalam-dalam tangjung lumpur tu. And 1 lagi kat luar tepi jalan besar tanjung lumpur. Aku tak suka pergi yang kat dalam tu. sebab serabut. Aku selalu pergi yang kat area luar nye. and tak pernah tak dapat tempat duduk.
Aku dah pernah try ana ikan bakar petai yang kat Bangi nye. tapi tak sesedap yang kuantan nye.
Sara Thai
Sini dari makan tengah hari ke makan malam dia bukak. Sini adalah masakan thai yang sedap.. serius sedap. memang sedap. Paling sedap Ikan steam lemon dia. weh paling sedap yang pernah aku rasa. Korang nanti try taw.
Teluk Cempedak
Bila datang kuantan sure aku pegi sini. salah satu sebab aku suka laut. 2nd sebab TC ni environment dia lain. mcd kfc starbucks cool blog semua tepi pantai. Kalau malam lagi la happening. Ko boleh tengok ramai orang melepak duduk atas pasir tu sambil tengok laut. Aku rasa kalau ada orang buat bisnes shisha mesti laku, bentang alas bagi orang duduk isap shisha. eh aku lak ajar. hahahaha.
Pasar Sejahtera ikan segar beserah
Aku kalau pergi kuantan selalu nya akan singgah pasar ni. Beli kotak kat pasaraya Tunas Manja. Kotak Gabus putih tu la. Beli ikan segar, sotong udang ketam macam-macam la. Husband aku memang ada kawan jual ikan segar semua tu kat pasar tu so boleh la selalu kitaorang dapat murah cikit. cikit je la.
Kari Kambing Pokok Ceri Beserah
Husband aku la cakap kari kambing kat sini terbaik.Orang kuantan panggil kari kambing pokok ceri sebab gerai dia bawah pokok ceri. Tapi aku syak dia bukak hari weekdays je la. Sebab tiap kali kalau kitaorang pegi mesti tutup. Ye la kitaorang pegi time weekend.
Mee canlong Beserah
Mee canlong kat sini pun boleh tahan sedap dia. Dia guna bebola ikan. Aku rasa bebola ikan tu dia buat sendiri sebab rupa dia lain dari kalau yang kita beli.
Ada lagi satu kedai untuk breakfast. jual nasi dagang kerabu nasi lemak. Semua sedap-sedap. tapi aku lupa nama kedai dia apa. Tapi dia area tanjung lumpur. Kedai dia belah Kiri sebelum sampai Kedai Pok Su Mok Su.
And ada jugak lagi 1 kedai jual segala mak nenek ikan masin dengan harga yang murah. aku and husband panggil tempat tu kedai ikan masin peti ais je, sebab nak pilih ikan masin tu semua kena masuk dalam peti aias yang besar tu. memang kekatungan aku kalau pegi situ. Tapi memang murah. Dia dekat area beserah. Simpang masuk dia sebelum simpang masuk pasar ikan segar tu. nanti aku ingat aku update kemudian.
So ni jelah yang aku ingat. Agak-agak nanti aku teringat aku update la ye.
Monday, June 8, 2015
vacation dengan family kat kuantan
Friday, May 15, 2015
Adam masuk brainy bunch
Aku just risau if adam terjatuh ke gaduhh ke dengan kawan2. Sebab dia memang selalu terjatuh. Terhantuk la. Tapi tu lah dah nama budak. Aku just tawakal.
Story pasal school. So far semua nye okay. Brainy Bunch salah satu tadika yang popular, dah estalish. and jugak agak mahal. Selagi aku rasa aku mampu bayar aku tak kisah ia mahal untuk pendidikan anak aku. Biarlah aku kena tahan nafsu aku dari shopping. Asalkan anak aku dapat yang terbaik. tapi kalau dah mahal melampau2 idok leww teman mengiakan.
Brainy Bunch ni konsep dia islamic montessori. Montessori ni more kepada biarkan anak berdikari. Untuk macam adam yang umur 2-3 tahun dia masuk kelas Playhouse. macam belajar sambil main2. So tak de lah diaorang nak bosan belajar nye macam orang dok pikir. Aku hantar anak aku sekolah pun sebab nak dia bergaul. Dia kat opis kawan dengan sepupu dia umur muda 2 bulan lebih dari dia. So membuatkan percakapan dia macam lambat sikit. tapi ada benda yang dia cakap cuma sepatah2. Sepatutnya umur dia dah bole buat 3 patah perkataan. So doktor pakar nasihatkan aku hantar dia nursery untuk dia bergaul. Aku pikir2 balik why not hantar school je dari hantar nursery. Hantar school boleh belajar sekali.
So aku cari-cari comparekan little caliph, genius aulad, brainy bunch dengan Q dees. Tapi yang amik umur macam adam hanya Qdess dengan brainy bunch. So ak decide Brainy Bunch sebab dia islamic kan.
Aku start masuk kan adam awal bulan 4. Agak terlambat jugak. Baru masuk 2 minggu da kena sports day. Sebab tu time perbarisan aku pun kena berbaris sekali. hahahaha. Rasa seronok tengok keletah budak2 ni. Padahal diorang baru umur berapa kan.
Macam adam kan amik half day nye. so anta pagi2 kol 8 camtu. aunty(kat sna tak panggil teacher) dia cakap pukul 9 macam tu diorang breakfast. Lepas tu ada la aktiviti diorang. Apa-apa anouncement diorang mula-mula akan post kat whatsapp group. lepas tu bagi surat. sekarang teknologi da moden kan. guna whatsapp je. lepas tu pukul 11 pagi bagi susu. dia macam nak bagi displin la kan tapi kalau anak tu jenis minum susu on demand bagi je taw kat diorang. Diorang jugak tukarkan pampers. kadang-kadang tukarkan baju.
kalau aku hantar adam pagi2 tu aku tinjauu tengok budak2 yang untuk 4-6 tahun da standby pakai telekung nak solat sunat dhuha. macam aritu aunty dia post kat group whatsapp suruh parents ajarkan anak surah al kauthar.
Brainy Bunch ni banyak branch dia. satu malaysia ada branch dia. Kalau jenis school dia rumah or rumah banglo mahal sikit. Kalau rumah kedai murah sikit rasa beza bape puluh ringgit tah. Ni sebab sewa.
so far banyak la jugak words yang adam boleh cakap. ada la perkembangan dia. cuma nangis tu la time hantar dia kat school tu, tak taw la aku macam mana. Maybe kena bagi dia masa.
Saturday, April 18, 2015
Krabi Part 4
Monday, March 23, 2015
krabi part 3
sabung part 3. iaitu hari ketiga.
jungle apa ke benda tah nama dia. lupa mak nokkk. urat banyak putus time bersalin. okay yang jungle tah ape kebenda nama dia ni banyak jugak pakej dia. ada pakej A B C D E F G H I J K hahahah.. tak taw la sampai huruf ape. Tapi memang dia banyak pakej. Tak silap aku amik pakej c which is Emerald pool, Elephant Trekking dengan hot stream. Nanti kat flyers tu leh tengok tiap pakej dia ada tawarkan pegi tempat mana-mana. so buat lah pilihan yang bijak. macam aku kan dah siap study sebelum gi krabi aritu. so aku memang nak cari pakej yang tak da gi temple tu. buat ape melawat temple. masjid yang ada pun kita tak abis lawat lagi. lagipun berdasar apa yang aku baca gi temple tu takda benda apa. ada pun ko kena panjat tangga tinggi- tinggi lebih kurang batu caves tu lepas tu tengok view la. Tu je. Macam aku bawak abak so aku rasa pakej macam yang macam aku pg tu la sesuai. Kalau aku pegi berdua da lama aku amik pakej water rafting la. ATV la. tapi tak sesuai kan. Pakej aku 800 baht sorang. adam free.
So pagi2 tu macam biasa bangun awal nak cari breakfast sebab ng tu akan jemput around pukul 8.30 camtu. Motor takda. So menapak la konon-konon nak cari tempat breakfast. jangan harap ada. Kalau nak breakfirst sila pegi dekat area yang orang jual makanan atas motor tu. kalau hotel area mcd tu memang kena naik motor or tuktuk. Disebabkan kesuntukan masa kitaorang decide breakfast kat hotel je. so bayar la seorang 150 baht. set roti bakar dengan air fresh oren dengan air vico. Boleh la dari takda, tapi macam mahal je.
So lepas breakfast tunggu orang tu sampai pickup kitaorang. On time okay dia sampai. jangan main-main. Mula-mula pegi hot stream dulu then emerald pool then elephant trekking. hot stream dengan emerald pool dekat-dekat. gajah ni nak dekat-dekat aonang. Aonang pegi area emerald pool tu aound 67km camtu. Dalam sejam. Bagi aku tak de la rasa jauh pun. Dalam blog-blog orang lain ramai cakap jauh. Maybe aku jenis suka explore.
sampai - sampai hot stream dia bagi briefing cakap bagi masa 45 minit je untuk kat hot stream ni. Aku bawak stroller. Taklarat nak dukung adam je memanjang. Even jalan bukan Tar gigih jugak aku tolak. nasib baik beli stoller murah. Kalau bawak stroller mahal-mahal mau menangis tengok tayar stoller dikasari batu-batu. So adam je la husband aku bawak mandi. aku tak bawak baju. malas nak tukar-tukar baju. tak kan nak naik van basah=basah kan. Lagipon masa yang dia bagi memang pendek sangat. aku bawak anak. kalau aku mandi sekali dengan anak nak siapkan dengan aku lagi nak tukar baju. so memang tak sempat.
next kitaorang pegi emerald pool. okay emerald pool dengan bluepool adalah tempat yang sama. cuma emerald pool ni bole mandi. blue pool ni tak leh mandi jejak kaki or masuk dalam air tu pon tak leh. sebab pasir dia jelus. you know pasir jelus? kau termasuk dalam tu memang kena sedut dengan pasir tu. sebelum pintu masuk or pintu gerbang emerald pool tu ada jual banyak makanan. Iolss jenis tak leh tengok makanan. lagi- lagi kat sana banyak makanan jenis cucuk-cucuk tu. sedapnyeee.. sos dia tu lain dari yang betul. so konon-konon tapau nak bawak masuk la emerald pool tu. jangan harap ye. aku kena abiskan jugak time-time tu. dia tak bagi bawak masuk makanan. garang pun garang orang jaga tu. dia cakap NO NO NO siap buat tangan halau halau. errrmmmmmmmm. Gigih aku abiskan.
Then bermula la perjalan kita yang jauh. jalan kaki sejauh 800 meter weh. jalan batu-batu tolak stroller. kiri kanan hutan. Dia ada jalan yang dah simen tapi 1400 meter. ermmm aku pilih 800 meter. biarlah berliku-liku akan kutempuh jua. Dah la husband aku tolak stroller tu laju-laju tinggal kan aku jalan sorang-sorang. lepas tu bahan-bahan aku cakap takkan dah pancit. aku ni dah beranak. badan pon dah berisi. dulu time aktif sukan setakakt 800 meter selamber je. sekarang ni memang tak larat lah jep. kalau time kurus dulu memang dah kena tinggal dah.
dah 800 meter perjalan kami sampailah kami di emerald pool. tengok orang ramai tengah mandi. kitaorang malas mandi. sebab masa tak banyak. tinggalkan stroller teruskan perjalan lagi 800 meter untuk blue pool. hoiii gigil tak aku wehhh nak tengok blue pool tu punya pasal. Nak pg blue pook ni ada jalan dia da simen. tapi mendaki okay. aku dukung adam weh sepanjang on da way pegi bluepool tu. gigil ke idok? Adam tak langsung husband aku dukung. Memang sengaja nak buli mommy. Kiri Kanan hutan. and ada sedikit jalan yang tak de simen. so memang tak sesuai langsung bawak stroller pegi bluepool.
Bila dah sampai bluepool tu Ya Allah lawanye la...lawa sangat-sangat. dari jauh dah nampak biru air dia. macam mana boleh kaler biru pun tak taw. kuasa Allah. Then ada orang tu dia tepuk-tepuk tangan then ada bubble naik. bila dia tepuk je bubble naik. effect dia la kot. aku rasa la. leka tengok view tu tengok-tengok jam dah patut kne gerak pg van. kali ni lagi macam amazing race sebab macam dah lambat. memang dah lambat. kitaorang paling last. 1400M berjalan nonstop. letihnye la.. tercungap-cungap aku. dah la dengan tak tahan nk terkencing lagi.
sampai-sampai van rupanya ada seorang yang naik van dengan kitaorang ni husband dia kena gigit lipat. besar wehh dia citer lipan tu. dia mandi kat emerald pool tu then nak tukar baju kat toilet maybe terpijak lipat tu. then lipan tu gigit dia. dia citer lipan tu lebar badan dia 2jari tangan. besar kan. seriau aku dengar.
so kitaorang bergerak pegi elephant trekking lak. on the way tu orang van tu berhenti kat farmasi sebab wife yang husband dia kena gigit lipan tu nak beli ubat. nasib tak de pape weh yang serius. maybe baru nak gigit kot.
Sampai tempat gajah adam paling excited. Adam memang suka gajah. terus dia jerit-jerit pahnt pahnt pahnt. siap suruh aku lepaskan dia nak pegi kat gajah tu. Jangan buat pasal anak oi. Gajah tu bukan macam kucing. Naik gajah mula-mula rasa macam nak tertogeng je. sebab dia jalan kita duduk atas tu kejap kekiri kejap kekanan. nasib tak gayat. dah la dia turun bukit tinggi-tinggi. Tapi kesian tengok gajah tu kena pukul dengan kayu. kayu macam kayu mop tu. kalau gajah tu malas dia libas je weh dengan kayu tu. Tapi aku nye elephant trekking ni tak de masuk dalam air. tak taw kenapa. aku tengok blog orang lain masuk dalam air. tapi gajah aku naik ni sempat benti kat kolam air. ingat dia nak minum. sekali dia spray kiri kanan. kena kat kitaorang. nasib badan la wehh kena air hingusan gajah. hahahaha.
lepas naik gajah orang tu hidangkan dengan nenas and air mineral. manis nenas dia. aku xsuka nenas sebab dulu aku makan nenas lidah aku sakit gatal-gatal. terus macam tak suka nenas. tapi ni aku makan banyak plak. tengah panas kot. aku rasa aku pegi island hopping tu pun tak sun burn. tapi naik gajah ni pulak yang sun burn.
so lepas tu kitaorang bergerak balik hotel. sampai hotel pegi makan dulu kat cucumber restoran aka bersenag-senang. lepas tu baru sewa motor. sebab kitaorang nak pegi night market kol 6 camtu dengan couple yang kena gigit lipan tu. diorang honeymoon. and diorang sama naik flight dengan kitaorang time datang tu. macam time island hopping tu pun ada pasangan dari malaysia gak yang sama naik flight dengan kitaorang. diorang yang perasan kitaorang pun sebab adam. yang couple yang kena gigit lipan ni ari-ari diorang pegi night market. so diorang baik hati teman kitaorang gi night market sebab kitaorang ingat kitaorang salah tempat yang hari 1st kitaorang pegi tu.
Pukul 5 tunggu diaorang depan MCD then gerak pegi dekat area orang jual makanan atas motor tu. sebab nak makan pancake yaminla. Kan aku da bgtaw aku duduk krabi asyik makan je. kitaorang pekena pancake dengan sotong bakar. lepas dah makan tu bergerak la pegi night market. orang cakap jauh . tapi bagi aku tak jauh pun. maybe sebab aku enjoy naik motor dengan husband and anak aku. sampai night market rupa2 nya betul la night market yang kitaorang pegi time hari 1st tu. maybe time tu tak bukak oenuh lagi. yang kali ni kitaorang pegi dah bukak full. nasib tak berapa ramai orang. maybe sebab dah hari ahad. so menuju kedai jual baju. borong tshirt. beli keychain. then beli pulut mangga. pulut mangga terbaik wehhh..
dah beli barang then bergerak la balik aonang. sampai aonang teman couple ni beli drybag kat kedai kitaorang beli hari 1st hari tu. then kitaorang berpisah kat situ. sebab diorang nak ronda2 tempat lain. lagipun diaorang honeymoon. takkan nak kacau. tak sangka lak boleh jadi kawan. lepas tu aku and husband jalan2 la kat dari kedai ke kedai. park motor then jalan-jalan sampai jauh. then patah balik amik motor. letih wehhh.. ada sekali tu aku suruh husband aku yang pegi amik sorang-sorang. lepas tu adam macam nak tido so aku suruh husband aku jalan-jalan round naik motor sampai adam tido. bila kena angin cepat la si adam ni tido. bila adam dah tido aku apa lagi terus cakap jom kita g massage.
letak adam kat tilam massage sebelah tu then aku massage kat sebelah. kali ni aku bantai massage 2jam. hahahaha. esoknye kan nak balik da. kita bantai la massage lama2 ckit.. lgpun adam tido da kan. lepas masage balik hotel tido. tak larat dah nak gi jalan2 dah.
sambung part 4. bye
Monday, March 9, 2015
krabi part 2
okay kita sambung untuk hari kedua.
hari kedua adalah hari main air. hari melawat pulau-pulau. ahhhh aku suka.. aku suka laut. laut boleh tenangkan aku. Dulu time study kat terengganu asal stress je mesti pegi duduk tepi laut. i miss terengganu. lari cerita woiiii..
disebabkan kitaorang ada motor so senang la cari breakfast. Untuk breakfast aku pegi dekat area masjid. atas sikit dari area mcd tu. and ada lagi 1 tempat breakfast kat area orang jual makanan atas motor. kalau duduk area mcd tu memang kena pegi by motor or tuk tuk. kalau jalan kaki memang tak jadi la pegi pulau2 tu semua. tapi kalau kau jenis gagah. stamina memang kuat dipersilakan test kestaminaan tu.
lepas breakfast pulangkan motor. Then tunggu kat lobby hotel orang tu datang pick up. bila sampai kat tempat berkumpul untuk pegi pulau tu. nanti dia akan bagi kita sticker yang ada tulis kita under pekej company mana and pakej yang mana kita amik. macam aku amik pakej phi phi island so aku dapat sticker kaler merah tulis phi phi island dengan nama company diorang. so nanti bila kau macam hilang arah tuju kat maya bay ko just tengok sticker siapa yang sama dengan ko or misalnye terlupa nama company kat sticker tu ada tulis. so cari boat yang ada tlis nama company tu. sebab ape aku cakap maya bay? sebab kat maya bay ramai giler orang. mula2 aku sampai maya bay aku dah seronok tak ramai orang. bila aku keluar dari toilet and pegi pantai balik tetiba macam ramai pulak orang. tapi tak de la sampai ko nak jalan pun susah.. ramai tapi still tak ganggu pun aktiviti kau nak buat ape.
okay lepas naik speedboat turus menuju 1st viking cave. sight seeing je viking cave. tangkap2 gambar dari boat. aku benci naik speedboat sebab susah nye la nak tangkap gambar. sebab dinding speedboat tu tinggi. aku lagi suka naik boat macam kat perhentian. viking cave ni tempat sarang burung layang2. tu je. tapi rasa macam jakun sebab tengah2 laut ada cave burung layang2.
next dia pegi sight seeing lagi.. kali ni lagoon ape tah nama dia.. yang ni view paling terbaik. kiri kanan batu tinggi2 tu. then boat slow2 lalu untuk bagi kita tengok view dia. aku paling suka view ni. cantik weh.. cantik sangat. sapa tak pernah pergi lagi mmg tak leh imagine. sama macam aku time dok study kt blog orang pasal krabi before gi krabi aritu. tapi bila ko dah sampai krabi tiba-tiba macam pufff pufff ooo kat sini ooo situ ooo aha la ada baca ni..sebab tu aku before gi bercuti mana2 aku akan study dulu tempat tu. so nanti tak de la rasa macam lost giler. atleast ada la ilmu sikt pegi tempat orang.
then bergerak ke maya bay. kat sini dia bagi masa 45 minit je. aku turun boat terus cari toilet. toilet dia kena redah meredah hutan cikit. tapi cantik okay jalan dia. and ramai je orang, takpayah nak bayangkan hutan = scary. ramai je orang nak terkencing. yang tak boleh blah lelaki nye tempat kencing berdiri tu dia bole plak letak kat tepi2 lereng bukit and OPEN okay. boleh nampak terang-terangan lelaki tengah kencing tapi tak de la nampak bebird ke ape. bila dah abis membuang apa yang patut aku dgn husband aku pegi cari air nak minum. haus. air mineral pun mahal weh. tak igt berapa tapi mahal la. bedal je la. lepas dah membasahkan tekak yang kekeringan.. gitewww .. aku bawak adam main pasir. main pasir je mampu sebab banyak boat parking. ada je area boleh mandi area hujunggggggg.. kang aku pegi area situ kang nanti tertinggal boat pulak aku. so adam kita main pasir je la. cari port baik punya tempat tak kena panas. batu2 kat sne kan tinggi2 so boleh la halang matahari. Da main2 pasir da tangkap2 gambar sharp 45 minit aku da nampak dia reverse boat punctual okay. tapi maya bay memang cantik. macam mana la rupa maya bay time kena tsunami dulu kan.
lepas gerak dari maya bay dekat je dengan maya bay dia bagi snorkeling.. aaaa i love snorkeling!! Adam pun turun sekali okay. aku bawak pelampung dia. aku snorkeling sambil peluk pinggang adam. dont try this okay kalau ko tak rasa confident or anak kau jenis takut2. anak aku jenis tak takut air. padahal air tu dalam giler. dalam okay. i repeat dalam. dia tak bagi aku pegang dia plak tu. dia nak suruh aku lepaskan dia. tapi snorkeling kat laut andaman ni probs dia ombak la. air dia macam always berombak. always beralun2. so macam susah la jugak nak snorkeling sebab tergoyang2. and coral dia tak cantik. mati. aku rasa perhentian lagi cantik.. 10x lagi cantik untuk coral dia..untuk kejernihan air dia. tapi untuk view kat sini lagi cantik, maybe sebab batu2 dia tu. so dah boleh bayangkan kegigihan aku snorkeling sambil pegang anak?
lepas snorkeling sepatutnye pegi lunch kat phi phi don tapi dia cakap better kitaorang gi tempat snorkeling yang lagi 1 dlu then baru pegi makan. if pegi sekarang nanti ramai orang nak beratur amik makanan jugak. so pegi snorkeling lagi 1 tempat. aku tak ingat la nama-nama tempa tu semua. ni pun puas aku recall. almaklum la da beranak ni banyak urat putus. alasan! aku pegi turun snorkeling sorang2 kali ni sebab air yang ni lagi dalam. husband aku jaga adam. aku turun2 then masukkan muka dalam air terkejut aku banyak giler ikan depan muka aku. tiba2 terus aku rasa cuak. hahahaha. serius banyak giler ikan. geli2 badan aku. aku gagahkan jugak snorkeling. aku masukkan gopro then tangkap gambar ikan tu depan2 muka ikan tu, hahahaha. aku rasa macam aku tengah terjun dalam tempat pembiakan ikan.
next. inilah masa yang ditunggu2 iaitu makan. kat sini buffet. sukahati ko nak makan banyak mana. aku tambah 2x kot. nampak tak tahap kebuluran aku kat situ. dah sedap2 makanan ni. mana boleh aku lepaskan. thailand ni aku tak paham apesal makanan dia semua sedap2. aku pegi krabi keja aku makan je. lepas makan ..makan lagi. aku hari2 makan pancake weh. sehari 2x makan pancake tu.sedapnyeeeeeee...
lepas makan dia pegi 1 tempat ni. boleh mandi boleh lepak2 tepi pantai. tapi aku duduk atas boat je sebab adam tido. kalau mandi pun kena hati2 sebab orang tu cakap banyak batu.lagi sekali aku tak tau ape nama dia tempat tu. hahaha.
dalam kol 4 camtu bergerak balik ke aonang. sampai aonang kita balik hotel naik transport yang sama macam kita datang tadi.
bila sampai hotel terus mandi rehat2 jap. lepas maghrib cari makan. kitaorang makan kt restoran lemon. jalan kaki je time ni. order siakap 3 rasa la tomyam la sayur campur dgn udang and sotong bakar. kedai ni pun terbaik. tips pilih makanan seafood adalah kau pegi pilih sndri nak besar mana. kalau ko main order je dr meja kau dia akan amik yang paling besar and ko pon akan bayar dengan amount yang besar. standard orang meniaga la kan.
lepas makan pegi jalan-jalan dari kedai ke kedai. lepas tu beli tshirt budak2. tshirt budak2 beli kt aonang je, kedai dia macam kena masuk lorong sikit. dapat la baju budak 100 baht. kat night market baju budak pun 100 baht. kat aonang baju orang besar mahal. 150 baht paling murah. kat night market boleh dapat 100 baht baju orang besar. kalau kau beli banyak berbaloi la pegi night market tu. macam aku memang beli banyak.
lepas dah beli baju ingatkan nak urut tapi adam tak tido lagi. so aku decide nak suruh orang tu datang bilik hotel aku. kena tambah 100 baht kalu dia datang hotel kita. bawah hotel aku je tempat urut tu. so aku pun mengurut la kat bilik. aku dah lama tak urut badan, dapat urut rasa leganya laaaa.. urut tradisional thai tak de pakai minyak. apesal murah sangat urut wehhhh kt krabi ni. 1 body 200 baht je kalau datang bilik tambah lg 100 baht.
lepas orang tu balik aku pun terus tido. badan dah sedap kan. esoknye tu nak pegi jungle trekking. ala yang pegi hot stream, emerald pool dengan elephant trekking tu. yang ni pun banyak pakej. ikot yang bersesuaian dengan kau la. kalau pegi berdua or dengan kawan sesuai la water rating atv bagai. aku bawak anak so pakej mana yang sesuai la.
sambung part 3 plak ye. chow
Sunday, March 8, 2015
krabi part 1
Bila dah lepas imigresen tu aku tros cari kaunter bus. sebab sebelum aku pg krabi memang aku dah study berapa budget semua tu. And aku dah siap2 asingkan duit dr naik klia transit tu sampai la ke parking sampaila transportation sampai la ke pakej-pakej yang aku akan ambil. So dah nama percutian bajet yang awesome. so aku pg beli tiket bus. untuk seorang 150 baht. lebih kurang rm15. terkurang terlebih pejam mata je. So untuk aku dengan hubby aku jadi 300baht. adam free. Bas dia selesa je. lagipun dari airport pegi aonang dalam setengah jam je. aircond pon kuat je. kalau pegi reramai tu baik sewa 1 van. aku rasa lagi murah kot sebab kongsi reramai kan. and b4 ko naik bas driver tu akan tanya apa nama hotel kita. nanti dia berhentikan ko betul2 depan hotel ko.
bila sesampai hotel aku tunjukan voucher hotel yang aku beli kat agoda. Nama hotel aku amorn mansion. untuk 4 hari 3 malam aku dapat kt agoda RM337 kot..lebih kurang la.tapi bawah rm350.. Ala hotel basic je..tapi bilik puas hati. selesa. bersih. katil king. bilik superior. ada balkoni. pekerja front desk yang baik. banyak membantu tapi xde swimming pool. tu je lah. kalau ada swimming pool tu bonus bagi aku and husband aku sebab ktorang kalau gi bercuti akan cari hotel yang cukup setakat boleh tidur mandi solat selesa. sebab bukan nye habiskan banyak masa dalam bilik hotel tu. mesti nak pegi explore kan. so dah jimat kat situ. ok sambung, receptionist cakap boleh checkin kol 12.pm aku mula2 tengok jam owhh dah kol 11 kejap je lagi nak kol 12 tapiiii rupa2 aku terlupa yang thailand lambat sejam. and time tu baru kol 10 pagi. so kitaorg decide tglkan barang kat hotel then pegi jejalan cari makan.. sebab lapar kot xmakan dari pagi. makan roti lebihan adam xabis makan je. sadis kan. memandangkan aku sampai sana ari jumaat so banyak kedai halal tak bukak. nasib baik dekat dengan hotel tu ada kedai halal bukak tapi xsedap. bedal jela. bila da lapar akan telan je kan.
lepas makan kitaorang decide jejalan nak usha pakej and dry bag. sebab dry bag kat krabi ni murah. tapi tak tau la kenapa macam xselesa jalan2 time tu. maybe sebab panas bahang giler + tak mandi dari pagi + berpeluh2 so decide balik hotel duduk kat lobi tu. kat hotel ada wifi so layan internet sambil tunggu bilik. adam pon dah tido. nasib bawak stroller. yang hubby aku tinggal kan aku kat hotel dia cakap nak gi massage kt bawah hotel tu. dia bantai massage 2jam. murah wehhh massage. 1jam baru 200baht = rm20.. mana ko nak dapat. aku dengan hubby aku hari2 pun massage. hahhaha..
sambil2 tunggu kat lobby tu aku settlekan pasal taxi nak ke airport untuk balik nanti. saja amik taxi. taxi 500 baht. then aku selak2 pakej2 dia. lebih kurang je harga dengan semua pakej. so aku decide amik je pakej dekat hotel aku tu. malas aku nak pegi cari. bargain punya bargain aku dapat pakej phi phi island 1100 baht sorang adam free. pakej jungle trekking kot nama dia yang pegi emerald pool, hot stream, elephant trekking dapat 800 baht sorang adam free. padahal tak silap aku 2tahun keatas kena bayar. tapi dah dia nak bagi adam free. aku tak persoalkan la. settle. lega skit. so now duit kat tangan just duit nak belanja je la. makcik kayo. hahaha
so bila tepat jam 12 dia bagi aku kunci bilik. aku angkut adam masuk bilik tros aku mandi. best nye la dapat mandi time tu. macam setahun tak mandi. hahhaha. Aku sempat terlelap kejap. kejap je terlelap then hubby aku ketok pintu. cehhh baru nak terlelap.
dalam kol 3 camtu kot kitaorang keluar pegi cari makan lagi. kali ni makan dkt2 dengan hotel gak.hotel aku ni dekat dengan pantai je.kalau nak cari hotel cari area mcd membawa ke pantai. happening area cni. kedai ni asal dia nama bersenang senang tapi dah tukar nama jadi cucumber restoran. owner boleh cakap melayu. orang pattani. makanan dia mmg terbaik wa ckp lu. harga standard tmpt bercuti la. tp portion dia kenyang la makan. lepas makan kitaorang sewa motor. dapat motor scooter scooby tu 200 baht 24jam. hubby aku tu beria2 nak pegi night market cari tshirt i love krabi tu. aku dah cakap night market tu mcm boring. sebab yang aku baca orang tulis kat blog2 tu cakap boring. tapi bagi aku best je. sebab banyak makanan. hahahaha..tapi tshirt tu mmg murah kt night market. and night market bukak jumaat sabtu ahad sahaja...kitaorang pegi night market tu naik moto.. hahaha.. tak de la jauh mana aku rasa night market tu. tapi tak taw kenapa orang cakap jauh. sebab aku ikot jalan short cut kot. kitaorang pegi night market tengok signboard dengan berhenti tanya orang.
bila da sampai night market tu diorang semua baru nak bukak. aku rasa aku salah tengok jam malaysia lagi la. betul2 panas cuaca time tu. dengan kedai xbuka lagi. tak tahan kitaorang balik aonang balik. so nak pegi night market pegi kol 6 keatas. tengok waktu thailand. jangan tengok waktu malaysia. hahaha. nasib baik aku rasa dekat je nightmarket tu. tapi syok naik motor. 1st time naik motor 3 beranak camtu distance yang jauh. ye la selalu dalam taman je.
otw balik tu nak dekat sampai aonang ada pasar malam yang untuk orang2 kampung kot. ada jual makanan and barang2 basah. so kitaorang stop la beli makanan la air la. kat sne banyak jual makanan yang cucuk2 tu. macam fishball cucuk2 tu. memang kat malaysia ada..tapi kat sane dia nye sos or kuah tu sedap giler. aihhh sampai sekarang terliur2.. sedapnyeee...da abis membeli kitaorang balik la aonang. balik hotel dulu. mandi solat lepas tu malam baru keluar balik beli dry bag. sebab esok nak pegi main air. aku dapat dry bag untuk 10L 300 baht. then jalan2 la cuci2 mata. tak beli pun. tapi hari2 pun lalu lalang depan sume kedai tu.
then balik hotel tido sebab esoknye tu nak bangun awal sebab orang yang uruskan pakej pulau kitaorang tu datang amik kol 8.30pg.
bersambung
Saturday, March 7, 2015
Tak payah kena operate
Sunday, February 8, 2015
Apa itu undescended testes
Saturday, February 7, 2015
Adam kena pneumonia
Batuk ni actually bagus. sama macam bersin. tak semestinya kalau tiba2 kita batuk and bersin kita sakit. batuk and bersin ni more kepada nak melagakan sebab ada benda asing. So nasib baik adam dah pandai batuk bila aku suruh dia batuk. macam kalau aku dengar ada kahak kat tekak dia tu aku suruh dia batuk then tepuk2 belakang dia. tepuk2 belakang dengan curve kan tangan. jangan plak ko pegi bedebik belakang anak ko. hahaha. siapa yang tengok aku tepuk belakang anak aku mesti macam bising aku macam tepuk kuat2. padahal bunyi dia je kuat. kalau tengok doc pakar buat lg la macam orang tepuk belakang ko time massage tu dia buat. tapi tapak tangan curve. Bila dia batuk then aku tepuk belakang dia dah xde dengar kahak da. it`s mean kahak tu da gugur and akan keluar melalui najis dia. Kalau dia muntah then telan balik pun tak pe sebab akan keluar melalu najis.
Kalau dia selesama kena rajin sedut hidung. aku da try macam2 jenis penyedut hidung. Tapi yang paling aku puas ati jenama japlo. Dia nye muncung panjang and lembut. so akan dapat hasil hingus banyak. confirm tidur lena dia lepas tu.
Biasanya bila selesama lepas tu mesti batuk or batuk dulu then mesti selesama. kalau macam tak leh blah sangat banyak dia nye hingus and kahak bawk la g hospital amik gas cair kahak tu. lagi2 kalau tengok perot dia dah nafas laju. perot dia time nafas macam menendang2 balik. and bila bernafas nampak tulang rusukdua2 belah. maksud nye nampak yang ketara tulang rusuk tu.
bila tiba2 rajin update blog
Unifi ni ayah iolss yang beria2 nak pasang. Actually kat rumah ni ada streamyx yang dari zaman sekolah pasang tapi TAK GUNA pun. Bayar sesaja je. Bagi kaya TM je. So haritu aku pun pegi tutup line streamyx dengan line tepon rumah. Untuk pengetahuan anda semua line steamyx dengan line tepon rumah adalah bukan atas nama aku. aku call dulu TM tanya boleh tak wakil yang pegi tutupkan account tu. Dia cakap boleh tapi kena bawak surat wakil and photostat Ic owner. So aku pun taip la surat ringkas giler bagitaw nak tutup account. Rasa macam apa guna aku belajar OM dulu kalau cenggini karang surat. hahaha. Aku pedulik ape. Janji TM terima surat tu and account tu tutup. Ye la ibu aku da bising da tak pegi tutup account tu. Mana dia tak bising sebab dia and ayah aku yang kena bayar. Tapi masalah account stramyx tu atas nama abang aku. Kenapa aku pulak yang dipertanggunjawabkan. Ini tidak adil. Nampak sangat aku ni yang boleh diharapkan kan.. hahahahah
So bila dah berjaya tutup account tu ibu aku cakap terus apply unifi. Aku da la pergi berdua je dengan adam. Tau la adam tu lasak macam mana.Sabar je la. Nasib aku ni seorang mommy yang penyabar. Aku bukak kan dia citer kingkong kat tab dia tu. Terus duduk diam. hahhaha.
So bila da apply tu dia siap bagi tarikh nak pasang bila. 3 hari kot dari tarikh aku apply. cepatnyeeee. Time apply dulu kat opis lama giler. tu sebab under agent kot. Ala yang orang unifi dok datang opis tu. kalau pg direct kat TM point tu lagi cepat sebenarnye.
Tapi bila dah pasang ni nak view gambar bila guna handphone lembab giler. tepon unifi balik dia cakap sebab router jenis baru. Router lama dia ada antena tu, Router baru tak de antena. so diorang tengah order stok untuk router jenis lama tu. Dia cakap dalam seminggu or dua minggu baru dapat. Aku da hangin da. rugi la mcm tu kan. Mula2 aritu aku dah pening da cmne nk menjawab dgn ayah aku asal nak view gambar lambat bebenor. Ayah aku skg ni kuat main Facebook. Ye la dapat jumpe kawan lama2 balik. bayangkan guna mobile data lagi laju dari guna unifi. mana tak sakit hati. Sabar je la. Tapi kalau guna laptop ni laju la gak. aku pun tak paham la. tunggu la router baru tu kan. tengok la camne pegi dia.
Wednesday, February 4, 2015
post pertama untuk 2015
Maybe tak terlalu lambat untuk aku wish yang semoga tahun 2015 ni banyak bawak perkhabaran yang baik untuk kita semua.
Wednesday, October 22, 2014
Duduk rumah time cuti
Lamanye tak post kat blog tersayang ni.. hari ni cuti deepavali.. iolss duduk rumah je. Adam tak sihat then hubby tersayang pon takde. Hubby iolls dah pindah duduk ipoh.. dia kena transfer sana. senang citer naik pangkat.. iolss dengan adam tak follow.. ramai tanya kenapa tak follow? Tempat seorang isteri kan kt tempat suami. Isteri kena la ada dekat dengan suami. Suami nanti cari lain la. Nanti suami buat hal la. Ala anak nanti letak la dekat orang jaga. Cari keja lain kat ipoh. Bla bla bla.. hoishhh senang nye orang bercakap untuk atur hidup aku. Untuk atur rumah tangga aku. Ada la sebabnye aku tak follow. Kena pikir banyak benda. Banyak aspek. Kewangan, anak, kerja bla bla bla. Adam tu dah lasak bebenor. Dari dia lahir dia duduk berkepit dgn aku 24jam. Ko rasa kalau letak dekat rumah orang ingat senang ke orang tu nk jaga adam yang tengah lasak ni. Budak kalau nak letak kt rumah orang biar time baby lg. Kalau aku pegi ikot husband aku g ipoh bukan tup tup tros dapat kerja. Selama aku menganggur tu ada orang lain ke nak bagi duit kt aku 1 family kalau kitorang xckop duit? Zaman sekarang yang semua benda pon nak naik ni Xckop seorang je kerja. Sekarang ni kerja bukan untuk kaya. Tapi untuk lepas makan pakai keperluan. Tu pon dah ckop alhamdulillah. Ada orang yang tros paham kenapa aku xfollow husband aku. Ada orang yang seboleh2 nak suruh aku follow husband aku. Husband aku pon dia xde la tros nk menetap dekat ipoh tu sampai pencen. At the same time dia mintak untuk transfer balik..jauh kot if duduk ipoh nak balik kg masing2.. if duduk KL ni dekat nak balik kg dia. Dekat nk balik kg aku. Tol pon xmahal. Balik kg aku tol seringgit. Balik kg dia tol 8rgt. Kalau duduk ipoh tol pon da 20 something. Tu pergi sahaja. Siapa taknak duduk 24jam dengan husband sendiri. Tp kadang2 kene sacrifice. Maybe ada la hikmah semua ni.
Thursday, April 10, 2014
post entry hari-hari
Thursday, March 27, 2014
susahnya untuk jadi lebih baik
Friday, January 31, 2014
Post 1st untuk 2014
Haih lama nye tak update blog..ak busy..busy kerja..busy jaga anak. Balik kerja kne masak. Lepas masak kena jaga anak..kena wat keja rumah..kadang if letih bebenor ak tertido awal..tu la rutin hari2..bila hujung minggu je dpt la g mne2..kdg2 x g mana2 pon..kdg2 duduk rumah je kemas rumah..tp anak aku ni xleh duduk diam kalau sehari suntuk x kuar rumah..
So ni la upadate pertama untuk tahun 2014..padahal dah hujung bulan 1 pon..punya lah pemalas ko nk update blog ni kan ayu oi..
Mayb next entry nk tlis psl pg langkawi dgn family aku kot..maybe okay..maybe..chawww
Friday, November 1, 2013
Kisah adam dgn traffic light
Tuesday, October 22, 2013
ceritara kami
Mr Kekacang = Husband aku
ye la sekarang husband la..dulu-dulu time start panggil dia Mr Kekacang time bercinta..aku dengan dia xpernah couple okay..haaaaa jgn xtaw.. yang xcouple ni la yg jodoh...ni bercouple bagai nak rak tapi hampeh...buat abis air mata jew..
okay siapa yang kenal aku msti tahu aku ni kasar..ye aku pon akui yang aku ni kasar...kalau masuk dapur xsah kalau xde pape jatuh...aku bukan la pompuan lemah lembut melayu terakhir bagai..tapi if dengan orang tua aku taw la nak jaga tatasusila aku..just bila dengan kawan2 masuk air tu ada...so sama la dengan Mr Kekacang...tapi dia lagi kasar sebab dia lelaki kan...dulu time bercinta banyak benda2 giler yang kitorang buat...tapi bila dah kahwin ada gak benda giler yang kitorang buat contoh time aku ngandung dulu pegi nilai nak g open house rumah maria tapi tiba2 dari umah maria tros g JB..sehelai sepinggan nokkkkss...pastu agak2 nak pegi mana2 time2 tu gak pegi..tapi ni kalau ada duit..haaa..kalau xde duit kitorang duduk rumah lipat kain baju...cuma bila dah ada anak ni kitorang kurangkan la giler2 tu..anak kan kecik lagi..kau tunggu dia dah besar...lagipun kena bagi contoh yang baik...tapi ada gak yang kitaorang wat keja giler bawak anak sekali..pegi bawak adam tengok wayang time tu dia baru dalam 5bulan kot ke 6 bulan..tah aku tak ingat...
aku dengan Mr Kekacang memang kuat gado mulut...hahaha..biasa la kitorang kan orang2 yang kasar...tapi kitorang kejap je baik..standard la tu gado..bila gado baru lah tau ape yang terbuku kat ati..memang sakit ati nak trima perkataan-perkataan tu semua tapi nanti terdetik la keinsafan..fulamak..macam aku bila aku marah memang lambat nak turun..tapi bila aku tengok pic kitaorang..ingat balik cmna hubungan kitaorang dulu2 benda tu yang pujuk aku balik...tapi biasanya memang Mr Kekacang selalu pujuk aku...eh mestilah aku nak manja2 kan..
aku tak mintak kemewahan pun dari dia..aku tak mintak emas berutas2..hangbag beribu2...duit berjuta2...tiap kali keluar mesti nak shopping..xde..cukuplah dengan kebahagian, taw tanggungjawab, menghargai, tu pon dah enough...aku bukan jenis yang suka meminta2..and aku tau Mr Kekacang pon tahu benda tu..
dulu time bercinta kalau aku merajuk dia akn belikan aku bunga..memang banyak bunga yang aku dapat..tapi Mr Kekacang ni bab buat suprise mesti fail..hahahaha..macam aku nak bagi dia bunga aku tros suruh orang kedai bunga tu anta kat dia kt opis..mcm dia pegi beli sendri...macam aritu dia nak belikan aku jam..mula2 dia nak beli jam casio kat aku..aku ada usha jam casio aritu..usha je pon..tp dia dah siap tanam niat nak belikan aku jam tu..pastu aku aritu aku usha jam roxy n lagi sekali usha je pun..dia tros jujur kat aku niat dia nak belikan aku jam tu..tapi xpe la atleast dia nak try jadi romantik kan..
lagi satu muka dia paling aku suka tengok sepanjang aku kenal dia time aku baru lahirkan adam..time tu nurse baru je tolak aku masuk kat wad..dia datang kat aku dia cakap thanks sebab lahirkan anak untuk dia..dia cakap muka anak kitaorang macam muka aku..*ok dah bergenang ni time tgh taip ni..
p/s : i love you more than you love me..off!